Seksyen 79
Seksyen 79
Akuan yang disebut dalam seksyen 78
hendaklah memberi suatu laporan yang penuh dan benar tentang jumlah dan perihal bungkusan, tentang perihal, berat, ukuran atau kuantiti, dan nilai semua barang-barang berduti itu, dan negeri asal barang-barang itu:
Dengan syarat bahawa jika dibuktikan dengan memuaskan hati pegawai kastam yang hak bahawa barang-barang itu dikehendaki dengan segera bagi penggunaan tempatan dan bahawa pengimport tidak berkemampuan untuk memberikan semua butir yang dikehendaki, pegawai itu boleh, menurut budi bicaranya, melepaskan barang-barang itu tas pembayaran apa-apa duti kastam yang dianggarkan
[Pin.
Akta A783.}
Akuan hendaklah memberi suatu laporan yang penuh dan benar.
[Bah. IX, S. 79-80]
Akuan tentang barang-barang berduti yang akan dieksport.
68 AKTA 235
olehnya sebagai boleh dilevi ke atas barang-barang itu, bersama-sama dengan suatu deposit yang amaunnya diputuskan oleh pegawai itu dengan tidak melebihi duti yang dianggarkan itu dan atas suatu jaminan yang diberi oleh pengimport atau ejennya untuk memberi suatu akuan yang betul dalam tempoh dua bulan atau apa-apa tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh pegawai kastam yang hak itu.
(2)
Apabila diserah suatu akuan yang betul amaun duti kastam yang patut dan caj-caj lain yang boleh dilevi hendaklah ditaksirkan dan apa-apa wang yang dibayar dan dideposit dengan berlebihan daripada amaun itu hendaklah dipulangkan kepada pengimport atau ejennya dan jika akuan itu tidak diserahkan dalam tempoh yang disebut terdahulu deposit itu hendaklah dilucuthak dan dibayar ke dalam Kumpulan Wang
Disatukan.