Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Kesalahan Berhubungan Dengan Harta
4. Section 4
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung, sama ada bagipihaknya sendiri atau bagi pihak mana-mana orang lain, membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa urus niaga berhubungan dengan apa-apa harta, atau selainnya menggunakan atau menyebabkan digunakan, atau memegang, menerima, atau menyembunyikan apa-apa harta, sedangkan dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk bagi mempercayai bahawa harta itu atau mana-mana bahagiannya ialah harta yang menyalahi undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 340
penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada dua puluh tahun.
Jika harta yang menjadi hal perkara suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) ialah harta yang menyalahi undang-undang oleh sebab ia ada hubungan dengan sesuatu perbuatan, aktiviti atau kelakuan yang menjadi suatu kesalahan yang disebutkan dalam perenggan (a) bagi takrif “aktiviti larangan” di bawah subseksyen 2(2), orang yang dipertuduh atau suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) adalah bertanggungan kerananya sama ada atau tidak mana-mana orang telah dipertuduh atau disabitkan atas kesalahan yang disebut dalam perenggan (a) takrif “aktiviti larangan” yang tersebut itu.
Tidak menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1)
jika—
perbuatan yang menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) itu dilakukan keseluruhannya di luar
Malaysia; dan
perbuatan yang sedemikian adalah berhubungan dengan harta yang menyalahi undang-undang, iaitu harta yang diperoleh atau didapati daripada atau dengan jalan sesuatu perbuatan, aktiviti atau kelakuan yang semata-mata menjadi suatu kesalahan di bawah suatu undang-undang asing yang disebutkan dalam perenggan (a) bagi takrif “aktiviti larangan” di bawah subseksyen 2(2).
Pelucuthakan harta apabila disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4
Bahagian III
Pelucuthakan Harta Orang Kenaan
Bahagian IV
Penangkapan, Penyiasatan dan Penyitaan
Bahagian V
Pelucuthakan
Bahagian VII