Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian V · Pelucuthakan

33. Peletakhakan harta terlucut hak pada Kerajaan

(1)

Jika mana-mana harta dilucuthakkan di bawah Akta ini, harta itu hendaklah terletak hak pada Kerajaan bebas daripada apa-apa hak, kepentingan atau bebanan mana-mana orang kecuali hak, kepentingan atau bebanan yang dipegang oleh pembeli suci hati dengan balasan berharga dan yang tidak selainnya terbatal dan tidak sah di bawah mana-mana peruntukan Akta ini.

(2)

Jika mana-mana orang yang memegang apa-apa bebanan yang kepadanya harta itu tertakluk menuntut bahawa dia memegang bebanan itu sebagai pembeli suci hati dengan balasan berharga dan bahawa bebanan itu tidak selainnya terbatal dan tidak sah di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, dan Kerajaan mempertikaikan tuntutan itu, Pendakwa Raya boleh memohon kepada Mahkamah

Tinggi supaya memutuskan masalah itu dan Mahkamah itu hendaklah memutuskannya selepas memberikan peluang untuk didengar kepada orang yang memegang bebanan itu dan mendengar jawapan Pendakwa Raya kepada apa-apa representasi yang dibuat di hadapan Mahkamah itu oleh orang yang memegang bebanan itu.

(3)

Jika mana-mana harta terletak hak pada Kerajaan di bawah subseksyen (1), peletakhakan itu hendaklah berkuat kuasa tanpa apa-apa jua pun pindah milik, pindah hak, surat ikatan atau surat cara lain dan jika apa-apa pendaftaran peletakhakan itu dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang, pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk melakukan pendaftaran itu hendaklah berbuat demikian atas nama mana-mana pegawai awam, atau mana-mana pihak berkuasa, orang atau badan, yang ditentukan oleh Pendakwa Raya.

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

(4)

Jika harta yang terletak hak pada Kerajaan di bawah subseksyen (1) ialah harta tak alih, peletakhakan itu hendaklah, apabila dikemukakan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir

Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Semenanjung

Malaysia, atau kepada Pendaftar Hakmilik atau Pemungut Hasil

Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sabah, atau kepada Pendaftar Hakmilik atau Pengarah Tanah dan Ukur, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sarawak, perintah

Mahkamah yang melucuthakkan harta tak alih itu atau, dalam hal harta yang dilucuthakkan di bawah subseksyen 32(1), Perakuan

Pendakwa Raya yang memperakui bahawa harta itu telah dilucuthakkan di bawah subseksyen 32(1) itu, didaftarkan atas nama

Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

KETERANGAN DAN TATACARA

Report

Bahagian VII

Bantuan Kepada Negara Asing

Bahagian VIII

Schedules