Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian II · Kesalahan Berhubungan Dengan Harta

3. Penggunaan harta untuk aktiviti yang menjadi kesalahan tertentu

(1)

Mana-mana orang yang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung, sama ada bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak mana-mana orang lain, membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa urus niaga berhubungan dengan mana-mana harta, atau dengan apa-apa cara lain menggunakan atau menyebabkan digunakan, apa-apa harta—

(a)

dengan niat hendak menggalakkan, menguruskan, mengasaskan atau menjalankan apa-apa perbuatan, aktiviti atau kelakuan yang menjadi suatu kesalahan

Terjadual; atau

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 21

(b)

dengan niat hendak mempermudahkan atau membantu dalam penggalakan, pengurusan, pengasasan atau penjalanan perbuatan, aktiviti atau kelakuan yang disebutkan dalam perenggan (a), sama ada atau tidak kesalahan Terjadual itu telah dilakukan, atau mana-mana orang telah dipertuduh atau disabitkan atas kesalahan yang sedemikian, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada dua puluh tahun.

(2)

Tidak menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1)

jika—

(a)

perbuatan yang menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan keseluruhannya di luar

Malaysia; dan

(b)

perbuatan, aktiviti atau kelakuan yang disebutkan dalam perenggan (1)(a) atau (b) semata-mata menjadi suatu kesalahan di bawah suatu undang-undang asing yang disebutkan dalam Butiran 5 Jadual Pertama kepada Akta ini.

Mengurusniagakan, atau menggunakan, memegang, menerima atau menyembunyikan harta yang menyalahi undang-undang

Report

Bahagian III

Pelucuthakan Harta Orang Kenaan

Bahagian IV

Penangkapan, Penyiasatan dan Penyitaan

Bahagian V

Pelucuthakan

Bahagian VII

Bantuan Kepada Negara Asing

Bahagian VIII

Schedules