Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian VIII

58. Section 58

(1)

Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu badan, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, tiap-tiap orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain badan itu, atau berupa sebagai bertindak atas apa-apa jua sifat atau dengan apa-apa jua

86 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

cara atau sedikit sebanyaknya bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal ehwal badan itu atau telah membantu dalam pengurusan sedemikian adalah melakukan kesalahan itu.

(2)

Jika mana-mana orang (kemudian daripada ini disebut

“prinsipal”) boleh dikenakan apa-apa hukuman, penalti atau pelucuthakan di bawah Akta ini kerana apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman, penalti atau pelucuthakan yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan oleh mana-mana kerani, pekhidmat atau ejennya, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu:

Dengan syarat bahawa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh kerani atau pekhidmat prinsipal itu dalam menjalankan kerjanya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal itu, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu dalam menjalankan kerjanya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

(3)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen (2)

boleh dengan apa-apa jua cara mengurangkan liabiliti kerani, pekhidmat atau ejen atau liabiliti kerani atau pekhidmat ejen yang disebutkan dalam subseksyen itu kerana perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu.

Report