Skip to content
In forceUpdated to 6 Oct 2023Read it in English

Bahagian V · Urusan Dengan Wang Kerajaan

44. Penggunaan wang amanah

Feedback & support
(1)

Tiada institusi yang ditetapkan boleh menggunakan aset sesuatu kumpulan wang amanah untuk menjelaskan liabiliti atau perbelanjaan yang tidak sebenarnya berkaitan dengan kumpulan wang amanah itu.

(2)

Mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), Bank boleh menentukan amaun dan jenis liabiliti dan perbelanjaan yang boleh dipertanggungkan pada mana-mana kumpulan wang amanah.

(4)

Bank boleh, jika berpuas hati bahawa sesuatu institusi yang ditetapkan telah menggunakan mana-mana aset sesuatu kumpulan wang amanah untuk menjelaskan liabiliti atau perbelanjaan yang tidak sebenarnya berkaitan dengan kumpulan wang amanah itu, mengarahkan institusi yang ditetapkan itu supaya

Institusi Kewangan Pembangunan 79

mempertanggungkan liabiliti atau perbelanjaan itu pada aset kumpulan wang amanah yang berkaitan atau aset institusi yang ditetapkan itu.

(5)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Report

Bahagian VI

Pengawalan Orang yang Ingkar

Bahagian VII

Juruaudit dan Akaun

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian XIV

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

Bahagian XV

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai ter

Schedules