Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian V · Urusan Dengan Wang Kerajaan
52. Penggunaan kumpulan wang amanah dalam penggulungan
Feedback & supportDalam penggulungan sesuatu institusi yang ditetapkan, aset sesuatu kumpulan wang amanah hendaklah digunakan untuk menjelaskan liabiliti kumpulan wang amanah itu setakat yang diperuntukkan kepada kumpulan wang amanah itu.
Melainkan jika Menteri meluluskan selainnya, jika aset sesuatu kumpulan wang amanah melebihi liabilitinya, aset lebihan itu tidak boleh digunakan untuk menjelaskan liabiliti kumpulan wang amanah lain yang kurang.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
82
Undang-Undang Malaysia