Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian III · Sekatan ke Atas Perniagaan
25. Kawalan ke atas penubuhan atau pemerolehan subsidiari atau pemerolehan atau pemegangan kepentingan material dalam perbadanan
Feedback & supportMelainkan jika Bank meluluskan selainnya secara bertulis, tiada institusi yang ditetapkan boleh menubuhkan atau memperoleh apa-apa subsidiari di dalam atau di luar Malaysia, atau memperoleh atau memegang apa-apa kepentingan material dalam mana-mana perbadanan.
Institusi Kewangan Pembangunan 47
(Dipotong oleh Akta A1502).
Bank boleh meluluskan permohonan untuk menubuhkan atau memperoleh sesuatu subsidiari, atau memperoleh atau memegang apa-apa kepentingan material dalam mana-mana perbadanan, di bawah subseksyen (1), dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu.
Tiap-tiap institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa mematuhi apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (3).
Bank boleh menentukan perkara yang menjadi “kepentingan material” bagi maksud subseksyen (1) dan perenggan 26(1)(d).