Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Penggal 1

33c. Kehendak ke atas institusi yang ditetapkan yang diluluskan di bawah perenggan 33b(1)(b)

Feedback & support
(1)

Sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah perenggan 33b(1)(b) hendaklah—

(a)

menubuhkan dan menyenggara pada setiap masa suatu kumpulan wang dengan amaun minimum yang ditentukan oleh Bank untuk membiayai pengendalian perniagaan kewangan Islamnya; dan

(b)

menyimpan semua aset dan liabiliti perniagaan kewangan

Islamnya berasingan daripada aset dan liabilitinya yang lain mengikut cara yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah perenggan (1)(a) hendaklah—

(a)

dibiayai daripada dana modal institusi yang ditetapkan dan dana daripada sumber lain yang ditentukan oleh

Bank; dan

(b)

diasingkan daripada dana modal institusi yang ditetapkan bagi pengendalian perniagaannya atau aktivitinya selain perniagaan kewangan Islam.

(3)

Melainkan jika ditentukan selainnya oleh Bank, aset sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan

Bank di bawah perenggan 33b(1)(b) yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islamnya tidak boleh—

(a)

digunakan untuk membiayai pengendalian perniagaan konvensionalnya; dan

(b)

tertakluk kepada hutang atau obligasi lain institusi yang ditetapkan itu berhubung dengan perniagaan konvensionalnya.

Undang-Undang Malaysia 28

Report

Penggal 2

Penggal 3

Penggal 4

Schedules