Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015

Feedback & supportAmends the Development Financial Institutions Act 2002

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Institusi Kewangan

Pembangunan (Pindaan) 2015.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan am

Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan perkataan “kemudahan kredit” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “kemudahan pembiayaan”.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN

(PINDAAN) 2015

Undang-Undang Malaysia 4

s 3Pindaan seksyen 3

Seksyen 3 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memasukkan selepas takrif “berkaitan”

takrif yang berikut:

‘ “buku” termasuklah apa-apa daftar atau rekod maklumat lain dan apa-apa rekod akaun atau perakaunan, bagaimanapun ia dijilidkan, direkod atau disimpan;’;

(ii)

dengan menggantikan takrif “ditentukan” dengan takrif yang berikut:

‘ “ditentukan” ertinya ditentukan secara bertulis melalui standard atau apa-apa bentuk lain;’;

(iii)

dengan menggantikan takrif “Gabenor” dengan takrif yang berikut:

‘ “Gabenor” dan “Timbalan Gabenor” ertinya

Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank masing-masing;’;

(iv)

dengan menggantikan takrif “harta” dengan takrif yang berikut:

‘ “harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih, sama ada ketara atau tidak ketara dan termasuklah—

(a)

apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, berhubung dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;

(b)

apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menguntukkan,

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

5

menyerahkan atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta tak alih yang orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu ialah tuan punya atau yang memiliki harta itu atau yang padanya orang itu berhak kepada suatu hak kontingen, sama ada bagi keseluruhan kepentingan atau bagi apa-apa kepentingan yang kurang;

(c)

apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa stok, syer, debentur dan dana;

(d)

apa-apa surat cara boleh niaga, termasuk apa-apa nota bank, nota pembawa, bil

Perbendaharaan, waran dividen, bil pertukaran, nota janji hutang, cek dan perakuan deposit boleh niaga; atau

(e)

apa-apa gadai janji atau gadaian, sama ada menurut undang-undang atau ekuiti, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi, resit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara lain untuk menjamin pembayaran atau pelepasan suatu hutang atau liabiliti, sama ada sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen;’;

(v)

dengan memasukkan selepas takrif “institusi yang ditetapkan” takrif yang berikut:

‘ “jawatankuasa Shariah” ertinya jawatankuasa

Shariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 33f;’;

(vi)

dengan menggantikan takrif “kemudahan kredit”

dengan takrif yang berikut:

‘ “kemudahan pembiayaan” ertinya—

(a)

suatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan lain, dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua namanya disebut, yang pelanggan

Undang-Undang Malaysia 6

mempunyai akses, secara langsung atau tidak langsung, kepada dana institusi yang ditetapkan dan termasuklah suatu kemudahan pembiayaan yang dibuat mengikut Shariah; dan

(b)

pemberian suatu jaminan, insurans kredit atau perlindungan takaful berhubung dengan suatu kemudahan pembiayaan;’;

(vii)

dengan memasukkan selepas takrif “Ketua Pegawai

Eksekutif” takrif yang berikut:

‘ “komputer” mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Keterangan 1950;’;

(viii)

dengan memasukkan selepas takrif “liabiliti” takrif yang berikut:

‘ “Majlis Penasihat Shariah” ertinya Majlis

Penasihat Shariah yang ditubuhkan di bawah Akta

Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701];’;

(ix)

dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:

‘ “orang” termasuklah seorang individu, mana-mana perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian dan mana-mana badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;

“output komputer” ertinya suatu pernyataan atau gambaran, sama ada dalam bentuk bertulis, bercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau bentuk yang lain—

(a)

yang dikeluarkan oleh suatu komputer;

(b)

yang ditayangkan pada skrin suatu komputer; atau

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

(c)

yang diterjemahkan dengan tepat daripada suatu pernyataan atau gambaran yang dikeluarkan sedemikian;’;

(x)

dengan memasukkan selepas takrif “pegawai” takrif yang berikut:

‘ “pegawai kanan”, berhubung dengan institusi yang ditetapkan, ertinya seorang, selain Ketua Pegawai

Eksekutif atau pengarah, yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk merancang, mengarah atau mengawal aktiviti sesuatu institusi yang ditetapkan termasuk ketua pegawai operasi, anggota jawatankuasa pembuat keputusan dan orang lain yang menjalankan fungsi penting seperti pengurusan risiko, pematuhan, audit dalaman atau fungsi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 41, tetapi tidak termasuk seorang anggota jawatankuasa

Shariah;’;

(xi)

dalam takrif “pejabat”, dengan memasukkan selepas perkataan “tempoh yang terhad sahaja” perkataan

“, suatu terminal elektronik”;

(xii)

dalam takrif “pengawal”—

(A)

dengan memotong perkataan “atau”

di hujung perenggan (b);

(B)

dengan menggantikan koma di hujung perenggan (c) dengan perkataan “; atau”;

dan

(C)

dengan memasukkan selepas perenggan (c)

perenggan yang berikut:

:

“(d) mengikut arahannya, petunjuknya atau kehendaknya pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi itu mengikut kelaziman atau mempunyai obligasi, sama ada secara formal atau tidak formal, untuk bertindak,”;

Undang-Undang Malaysia 8

(xiii)

dengan memasukkan selepas takrif “pengawal”

takrif yang berikut:

‘ “pengerusi”, berhubung dengan institusi yang ditetapkan, ertinya pengerusi lembaga pengarah;’;

(xiv)

dengan menggantikan takrif “saudara” dengan takrif yang berikut:

‘ “saudara”, berhubung dengan seorang individu, tertakluk kepada subseksyen (1a), ertinya—

(a)

suami atau isteri individu itu;

(b)

abang atau adik lelaki atau kakak atau adik perempuan individu itu, atau kepada suami atau isteri individu itu;

(c)

mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan individu itu, atau dengan suami atau isteri individu itu;

(d)

suami atau isteri kepada mana-mana individu yang disebut dalam perenggan (b)

atau (c);

(e)

mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan individu yang disebut dalam perenggan (b) atau

(d)

;

(f)

mana-mana bapa saudara, emak saudara atau sepupu kepada individu itu, atau kepada suami atau isteri individu itu;

atau

(g)

mana-mana suami atau isteri, atau mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan, individu yang disebut dalam perenggan (f);’;

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

(xv)

dalam takrif “sekutu”, dengan menggantikan perkataan “tiga puluh” dalam perenggan (d)

dengan perkataan “dua puluh”;

(xvi)

dengan memasukkan selepas takrif “sekutu” takrif yang berikut:

‘ “standard” termasuklah apa-apa obligasi atau kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah Akta ini dan standard itu boleh mengandungi apa-apa peruntukan tafsiran, bersampingan, tambahan, berbangkit dan peralihan;’;

(xvii)

dalam takrif “wang modal”, dengan memasukkan selepas perkataan “seksyen” perkataan “33c,”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a) Bagi maksud takrif “saudara” dalam subseksyen (1)—

(a)

pengangkatan mana-mana orang oleh seorang yang lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis

Malaysia atau mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia, atau di bawah mana-mana adat yang diiktiraf oleh mana-mana golongan orang di Malaysia atau di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia, hendaklah dikira sebagai mewujudkan antara pengangkat dengan orang yang diangkat itu pertalian semula jadi yang sama seperti pertalian pengangkatan, dan pertalian lain berhubung dengannya hendaklah ditentukan dengan sewajarnya;

dan

(b)

sebutan dalamnya mengenai suatu pertalian termasuklah, jika berkaitan, suatu pertalian seibu atau sebapa.”;

Undang-Undang Malaysia 10

(c)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dalam perenggan (a)—

(A)

dengan menggantikan perkataan “telah membuat perjanjian atau perkiraan”

dengan perkataan “, menurut suatu perjanjian, perkiraan atau persefahaman, bekerjasama”; dan

(B)

dengan memotong perkataan “dengan menggunakan kepentingan mengenai syer perbadanan itu yang telah pun dipegang oleh mereka secara bersesama atau berasingan”; dan

(ii)

dalam perenggan (b)—

(A)

dengan memotong perkataan “atau”

di hujung subperenggan (iv);

(B)

dalam subperenggan (v), dengan menggantikan noktah di hujung subperenggan itu dengan perkataan

“; atau”; dan

(C)

d e n g a n m e m a s u k k a n s e l e p a s subperenggan (v) subperenggan yang berikut:

“(vi) seorang yang mempunyai atau mengawal dua puluh peratus atau lebih syer mengundi bagi suatu perbadanan yang tergolong dalam subperenggan (i) dan mana-mana saudara orang itu, atau mana-mana amanah berkaitan berserta dengan satu atau lebih orang yang tergolong dalam subperenggan (i).”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5)  Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai kuasa Menteri atau Bank untuk mengenakan atau

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

11

menentukan syarat hendaklah termasuk kuasa

Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk meminda atau membatalkan mana-mana syarat yang sedia ada atau mengenakan apa-apa syarat baharu.”.

s 4Pindaan seksyen 4

Seksyen 4 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “memberi kuasa kepada” perkataan “Timbalan

Gabenor atau”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Bank boleh menubuhkan dan memberi kuasa kepada suatu jawatankuasa yang terdiri daripada anggota sebagaimana yang ditentukan oleh Bank untuk melaksanakan mana-mana atau semua fungsinya di bawah Akta ini bagi pihak dan atas nama Bank.”; dan

(c)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “mana-mana atau semua fungsinya” perkataan

“bagi pihak dan atas nama Bank”.

s 5Penggantian seksyen 5

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 5 dengan seksyen yang berikut:

s 5“Lembaga pengarah

(1)

Perniagaan dan hal ehwal sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah diuruskan di bawah arahan dan pengawasan lembaga pengarahnya, tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang terpakai bagi institusi yang ditetapkan itu.

Undang-Undang Malaysia 12

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), lembaga pengarah hendaklah—

(a)

memastikan bahawa strategi yang diikuti oleh institusi yang ditetapkan adalah selaras dengan dokumen konstituennya dan apa-apa penentuan yang dibuat oleh Bank menurut subseksyen 28(1), dan bahawa institusi yang ditetapkan itu mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk menguruskan strategi itu;

(b)

menetapkan dan mengawasi pelaksanaan objektif dan strategi perniagaan dan risiko, dan dalam melakukan hal sedemikian, hendaklah mengambil kira daya maju jangka panjang institusi yang ditetapkan itu dan standard urus niaga adil yang munasabah;

(c)

memastikan dan mengawasi keberkesanan reka bentuk dan pelaksanaan kawalan dalaman yang kukuh, pematuhan dan sistem pengurusan risiko setara dengan jenis, skala dan kerumitan perniagaan dan struktur institusi yang ditetapkan itu;

(d)

mengawasi pelaksanaan pengurusan kanan dalam menguruskan perniagaan dan hal ehwal institusi yang ditetapkan itu;

(e)

memastikan bahawa terdapat suatu proses pelaporan kewangan yang boleh dipercayai dan telus dalam institusi yang ditetapkan itu; dan

(f)

menggalakkan komunikasi yang tepat pada masanya dan berkesan antara institusi yang ditetapkan itu dengan Bank mengenai perkara yang menyentuh atau yang boleh menyentuh keselamatan dan kekukuhan institusi yang ditetapkan itu.

(3)

Dalam menjalankan fungsinya dan kewajipannya di bawah seksyen ini, lembaga pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah mengambil kira kepentingan pelanggan dan pendeposit institusi yang ditetapkan itu.”.

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

s 6Seksyen baru 5a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 5

seksyen yang berikut:

“Kewajipan pengarah 5a.  (1)  Pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa—

(a)

bertindak dengan suci hati demi kepentingan terbaik institusi yang ditetapkan itu;

(b)

menjalankan jagaan, kemahiran dan ketekunan yang munasabah dengan—

(i)

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang semunasabahnya dijangka daripada seorang pengarah yang mempunyai tanggungjawab yang sama; dan

(ii)

apa-apa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman tambahan pengarah itu;

(c)

hanya menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya bagi maksud kuasa itu diberikan;

(d)

menjalankan pertimbangan yang waras dan bebas;

dan

(e)

mematuhi apa-apa standard yang ditentukan oleh Bank yang terpakai bagi seorang pengarah.

(2)

Subseksyen (1) mempunyai kesan sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berhubungan dengan tugas atau liabiliti seorang pengarah.

(3)

Mana-mana pengarah yang melanggar perenggan (1)(c)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.”.

Undang-Undang Malaysia 14

s 7Penggantian seksyen 6

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 6 dengan seksyen yang berikut:

s 6“Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah

(1)

Kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Menteri, tiada institusi yang ditetapkan boleh melantik atau melantik semula mana-mana orang sebagai

Ketua Pegawai Eksekutifnya atau pengarahnya.

(2)

Institusi yang ditetapkan hendaklah hanya mengemukakan permohonan untuk kelulusan di bawah subseksyen (1) selepas memohon dan mendapatkan penentusahan Bank bahawa orang itu telah mematuhi kriteria yang dinyatakan dalam

Jadual Pertama.

(3)

Tiada institusi yang ditetapkan boleh melantik atau melantik semula mana-mana orang sebagai Ketua Pegawai

Eksekutifnya atau pengarahnya dan tiada seorang pun boleh menerima apa-apa pelantikan atau pelantikan semula sebagai

Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan, kecuali orang itu telah ditentusahkan oleh

Bank sebagai telah mematuhi kriteria yang dinyatakan dalam

Jadual Pertama.

(4)

Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah memaklumkan

Bank tentang pelantikan atau pelantikan semula Ketua Pegawai

Eksekutifnya atau pengarahnya dalam masa empat belas hari dari tarikh pelantikan atau pelantikan semula, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.

s 8Seksyen baru 6a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6

seksyen yang berikut:

“Pematuhan terhadap kriteria dalam Jadual Pertama 6a.  Pengerusi, pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif atau pegawai kanan sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa mematuhi kriteria yang dinyatakan dalam

Jadual Pertama.”.

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

s 9Pindaan seksyen 7

Seksyen 7 Akta ibu dipinda dengan memotong subseksyen (2).

s 10Pindaan seksyen 8

Seksyen 8 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Pemberhentian daripada jawatan”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika—

(a)

seseorang Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan menjadi hilang kelayakan menurut kuasa subseksyen 7(1); atau

(b)

seorang pengerusi, pengarah, Ketua Pegawai

Eksekutif atau pegawai kanan sesuatu institusi yang ditetapkan tidak lagi mematuhi mana-mana kriteria yang dinyatakan dalam

Jadual Pertama, dia hendaklah dengan serta-merta terhenti memegang jawatan dan terhenti untuk bertindak atas sifat sedemikian.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Institusi yang ditetapkan itu hendaklah dengan serta-merta—

(a)

dalam hal perenggan (1)(a), menamatkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah itu; atau

Undang-Undang Malaysia 16

(b)

dalam hal perenggan (1)(b), memecat pengerusi, pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif atau pegawai kanan itu daripada jawatan.

(1b)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam apa-apa kontrak perkhidmatan atau apa-apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya,

Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah yang ditamatkan di bawah perenggan (1a)(a) tidak berhak untuk menuntut apa-apa pampasan bagi penamatan itu.”;

(d)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Tertakluk kepada seksyen 123b dan walau apa pun subseksyen (1) dan (1a), Bank, dengan persetujuan

Menteri, boleh mengarahkan institusi yang ditetapkan itu—

(a)

untuk menamatkan pelantikan Ketua Pegawai

Eksekutif atau pengarah yang menjadi hilang kelayakan menurut kuasa subseksyen 7(1);

atau

(b)

untuk memecat Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah yang tidak lagi mematuhi mana-mana kriteria yang dinyatakan dalam

Jadual Pertama, dan institusi yang ditetapkan itu hendaklah mematuhi arahan untuk menamatkan pelantikan orang itu atas sifat sedemikian atau memecat orang itu daripada jawatan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam apa-apa kontrak perkhidmatan atau apa-apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya, Ketua

Pegawai Eksekutif atau pengarah yang ditamatkan di bawah perenggan (a) tidak berhak untuk menuntut apa-apa pampasan bagi penamatan itu.”; dan

(e)

dengan memotong subseksyen (4).

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

s 11Pindaan seksyen 10

Seksyen 10 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“Ketua Pegawai Eksekutifnya atau pengarahnya” dengan perkataan “pengerusi, pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif atau pegawai kanan”; dan

(b)

dengan memotong subseksyen (2).

s 12Pindaan seksyen 11

Seksyen 11 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan yang mempunyai kepentingan, langsung atau tidak langsung, dalam suatu transaksi atau perkiraan dengan institusi yang ditetapkan itu, atau dalam apa-apa perkara yang atau akan dipertimbangkan oleh institusi yang ditetapkan itu, hendaklah, seberapa segera yang dapat dilaksanakan, menzahirkan kepada lembaga pengarah institusi yang ditetapkan itu jenis dan takat kepentingannya.”;

(b)

dengan memotong subseksyen (2) dan (4);

(c)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan

“Selepas penzahiran telah dibuat dan direkodkan, pengarah itu hendaklah, berhubung dengan perkara itu” dengan perkataan “Sama ada atau tidak penzahiran di bawah subseksyen (1) telah dibuat, pengarah itu hendaklah, berhubung dengan transaksi, perkiraan atau perkara itu”;

dan

(d)

dengan memotong subseksyen (6).

Undang-Undang Malaysia 18

s 13Pindaan seksyen 12

Seksyen 12 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3)

dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

atau (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.”.

s 14Pindaan seksyen 13

Seksyen 13 Akta ibu dipinda dengan memotong subseksyen (2).

s 15Pindaan seksyen 14

Seksyen 14 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2)

dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.”.

s 16Pindaan seksyen 15

Seksyen 15 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2)

dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.”.

s 17Pindaan seksyen 16

Seksyen 16 Akta ibu dipinda dengan memotong subseksyen (6).

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

s 18Pindaan seksyen 18

Seksyen 18 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3)

dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

atau mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.”.

s 19Pindaan seksyen 19

Seksyen 19 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen yang berikut:

“(6)  Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana ubah suaian atau syarat yang dikenakan oleh Menteri di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.”; dan

(b)

dalam subseksyen (8), dengan menggantikan perkataan

“satu” dengan perkataan “sepuluh”.

s 20Pindaan seksyen 21

Seksyen 21 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua-duanya.”; dan

Undang-Undang Malaysia 20

(b)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4) Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua-duanya.”.

s 21Pindaan seksyen 22

Seksyen 22 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (4)

dengan subseksyen yang berikut:

“(4)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua-duanya.”.

s 22Pindaan seksyen 24

Seksyen 24 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2)

dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua-duanya.”.

s 23Pindaan seksyen 25

Seksyen 25 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “subsidiari” perkataan “atau pemerolehan atau pemegangan kepentingan material dalam perbadanan”;

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

(b)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “Malaysia” perkataan “, atau memperoleh atau memegang apa-apa kepentingan material dalam mana-mana perbadanan”;

(c)

dengan memotong subseksyen (2);

(d)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “subsidiari” perkataan “, atau memperoleh atau memegang apa-apa kepentingan material dalam mana-mana perbadanan,”;

(e)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4) Tiap-tiap institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa mematuhi apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (3).”;

dan

(f)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5) Bank boleh menentukan perkara yang menjadi

“kepentingan material” bagi maksud subseksyen (1)

dan perenggan 26(1)(d).”.

s 24Pindaan seksyen 26

Seksyen 26 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“subsidiari” perkataan “atau kepentingan material dalam perbadanan”;

(b)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan (b); dan

Undang-Undang Malaysia 22

(ii)

dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (c) dengan perkataan “; atau”, dan memasukkan selepas perenggan itu perenggan yang berikut:

“(d) melupuskan semua atau mana-mana kepentingannya dalam subsidiarinya atau suatu perbadanan yang institusi yang ditetapkan itu memegang suatu kepentingan material.”;

(a)

adalah selaras dengan perniagaan yang dijalankan oleh institusi yang ditetapkan itu; atau

(b)

secara langsung atau tidak langsung menyentuh keselamatan dan kekukuhan institusi yang ditetapkan itu.”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Dalam menentukan kepentingan sesuatu institusi yang ditetapkan di bawah subseksyen (1),

Bank hendaklah mempertimbangkan perkara yang

Bank berpendapat adalah berkaitan termasuklah sama ada aktiviti subsidiari atau perbadanan yang institusi yang ditetapkan itu memegang suatu kepentingan material itu—

(d)

dengan memotong subseksyen (3).

s 25Pindaan seksyen 27

Seksyen 27 Akta ibu dipinda dengan memotong subseksyen (2)

dan (4).

s 26Pindaan seksyen 28

Seksyen 28 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memotong subseksyen (2);

(b)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Tiada” dengan perkataan “Melainkan jika ditentukan selainnya oleh Bank, tiada”;

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

(ii)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “akauntan, peguam bela, arkitek, ejen hartanah, doktor atau mana-mana orang lain”

dengan perkataan “mana-mana orang”;

(iii)

dengan memasukkan di hujung perenggan (b)

perkataan “dan”; dan

(iv)

dengan memotong perenggan (c);

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Tiada institusi yang ditetapkan boleh memberikan apa-apa kemudahan pembiayaan kepada mana-mana perbadanan yang mana-mana anggota, pengarah atau pegawai institusi yang ditetapkan itu mempunyai apa-apa kepentingan dalam syernya yang amaunnya, pada agregatnya, melebihi apa-apa peratusan yang ditentukan oleh Bank.”;

(d)

dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perenggan (b)

dengan perenggan yang berikut:

“(b) jika tiada peruntukan sedemikian dan institusi yang ditetapkan itu berpuas hati bahawa wujud hal keadaan khas atau belas kasihan, suatu pinjaman yang tidak melebihi tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.”; dan

(e)

dalam subseksyen (5), dengan memasukkan selepas perkataan “seseorang pengarah atau pegawai” perkataan

“, atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank”.

s 27Pindaan seksyen 29

Seksyen 29 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Had pendedahan pihak balas tunggal”;

Undang-Undang Malaysia 24

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1) Tertakluk kepada subseksyen 28(1) dan kecuali diluluskan oleh Menteri atas syor Bank, tiada institusi yang ditetapkan boleh mempunyai pendedahan kepada suatu pihak balas tunggal, sama ada berhubung dengan kumpulan wangnya sendiri atau mana-mana kumpulan wang amanah yang diuruskannya di bawah seksyen 43, yang melebihi had yang ditentukan oleh Bank.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Suatu pendedahan kepada pihak balas tunggal yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah termasuk suatu pendedahan kepada mana-mana kumpulan orang yang berkaitan dengan pihak balas tunggal itu tetapi tidak termasuk apa-apa pendedahan kepada, dan apa-apa pendedahan yang dijamin secara nyata oleh,

Bank atau Kerajaan.

(1b)

Bagi maksud seksyen ini, Bank boleh menentukan perkara yang menjadi “berkaitan”, “pihak balas” atau

“pendedahan”.”; dan

(d)

dengan memotong subseksyen (2), (3), (4), (5) dan (6).

s 28Pindaan seksyen 31

Seksyen 31 Akta ibu dipinda dengan memotong subseksyen (2)

dan (7).

s 29Pindaan seksyen 32

Seksyen 32 Akta ibu dipinda dengan memotong subseksyen (2)

dan (5).

s 30Pindaan seksyen 33

Seksyen 33 Akta ibu dipinda dengan memotong subseksyen (3).

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

s 31Bahagian baru IIIa

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 33

Bahagian yang berikut:

“Bahagian IIIa

PERNIAGAAN KEWANGAN ISLAM

Penggal 1

Penggal 2

Penggal 3

Penggal 4

Schedules