Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2016Read it in English
Contents

Bahagian V · Penjalanan Pilihan Raya

14. Penggunaan sekolah dan bangunan dan premis awam sebagai pusat mengundi

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya Pilihan Raya boleh menggunakan dengan percuma sebagai pusat mengundi mana-mana sekolah atau mana-mana bahagian sesuatu sekolah yang menerima bantuan, atau yang berkenaan dengannya bantuan diberikan, daripada wang yang diperuntukkan oleh mana-mana Kerajaan dalam Malaysia, atau mana-mana bangunan atau premis awam yang lain atau mana-mana bahagiannya.

(2)

Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah membaiki apa-apa kerosakan yang berlaku pada mana-mana sekolah, bangunan atau premis atau mana-mana bahagiannya dan membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh orang yang mempunyai kawalan ke atasnya oleh sebab ia digunakan sebagai pusat mengundi.

Report

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan