Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2016Read it in English

Bahagian V · Penjalanan Pilihan Raya

12. Writ pilihan raya

Feedback & support
(1)

Bagi maksud tiap-tiap pilihan raya umum dan mana-mana pilihan raya kecil, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah mengeluarkan writ yang dialamatkan kepada pegawai pengurus bagi setiap bahagian pilihan raya yang baginya seorang ahli hendaklah dipilih.

(2)

Tiap-tiap writ yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)

hendaklah mengikut borang yang ditetapkan dan hendaklah dikembalikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut cara yang ditetapkan.

(3)

Berhubung dengan sesuatu kekosongan yang hendaklah dipenuhi dalam sesuatu pilihan raya kecil, suatu writ hendaklah dikeluarkan tidak dahulu daripada empat hari dan tidak lewat daripada sepuluh hari dari tarikh kekosongan itu disahkan berlaku oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

16

Undang-Undang Malaysia

(4)

Apabila menerima suatu writ yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), pegawai pengurus hendaklah mengambil langkah-langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya mengikut cara yang ditetapkan.

Report

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan