Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2016Read it in English

Bahagian IV · Pendaftaran Pemilih

8. Pelantikan pegawai

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya Pilihan Raya boleh, tertakluk kepada Fasal (1)

Perkara 115 Perlembagaan, melantik—

(a)

seorang Ketua Pendaftar Pemilih bagi Malaysia;

(b)

seorang Timbalan Ketua Pendaftar Pemilih bagi Malaysia;

(c)

seorang Pendaftar Pemilih bagi setiap Negeri;

(d)

seorang Timbalan Pendaftar Pemilih bagi setiap Negeri;

(e)

apa-apa bilangan Penolong Pendaftar Pemilih sebagaimana yang difikirkannya perlu; dan

(f)

seorang Pegawai Pengadil bagi setiap kawasan pendaftaran.

(2)

Tertakluk kepada arahan dan kawalan Suruhanjaya Pilihan

Raya, Ketua Pendaftar hendaklah menjalankan kawalan dan penyeliaan am ke atas segala perkara yang berhubungan dengan—

(a)

pendaftaran pemilih; dan

(b)

penyediaan, penyiaran dan penyemakan suatu daftar pemilih,

14

Undang-Undang Malaysia

di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(3)

Tertakluk kepada arahan, kawalan dan penyeliaan Ketua

Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa dan melaksanakan segala fungsi

Ketua Pendaftar.

(4)

Tertakluk kepada arahan, kawalan dan penyeliaan Timbalan

Ketua Pendaftar, Pendaftar hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa dan melaksanakan segala fungsi Ketua

Pendaftar yang berhubungan dengan pendaftaran pemilih di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini di Negeri yang baginya dia dilantik.

(4a)

Tertakluk kepada arahan, kawalan dan penyeliaan Pendaftar,

Timbalan Pendaftar hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa dan melaksanakan segala fungsi Ketua Pendaftar yang berhubungan dengan pendaftaran pemilih di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini di Negeri yang baginya dia dilantik.

(5)

Tertakluk kepada arahan, kawalan dan penyeliaan Timbalan

Pendaftar, Penolong Pendaftar hendaklah membantu Pendaftar dan Timbalan Pendaftar dalam menjalankan kuasa mereka dan melaksanakan fungsi mereka.

(6)

Pegawai Pengadil hendaklah mendengar apa-apa rayuan yang berbangkit daripada apa-apa tuntutan atau bantahan tentang suatu daftar pemilih sebagaimana yang diperuntukkan dalam mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang berhubungan dengan pendaftaran pemilih.

Report

Bahagian V

Penjalanan Pilihan Raya

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan