Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2016Read it in English

Bahagian II · Penyeliaan Pilihan Raya

4. Section 4

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada arahan dan kawalan Suruhanjaya Pilihan

Raya, Pengarah Pilihan Raya Negeri hendaklah mempunyai segala kuasa dan boleh menjalankan segala tugas Suruhanjaya berhubung dengan penjalanan pilihan raya dalam Negeri yang baginya dia dilantik.

(2)

Tertakluk kepada arahan dan kawalan Pengarah Pilihan

Raya Negeri, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri hendaklah mempunyai segala kuasa dan menjalankan segala tugas Pengarah

Pilihan Raya Negeri dalam Negeri yang baginya dia dilantik.

10

Undang-Undang Malaysia

(2a)

Pegawai pengurus hendaklah, bersesama dengan pegawai pilihan raya yang lain, tertakluk kepada kawalan, penyeliaan dan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 5(1)(a) dan (b).

(3)

Tertakluk kepada arahan dan kawalan pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus yang dilantik bagi membantunya hendaklah mempunyai segala kuasa dan boleh menjalankan segala tugas pegawai pengurus itu.

(4)

(a)

Jika kerana sakit atau sebab lain mana-mana pegawai pengurus tidak dapat atau tidak berupaya menjalankan mana-mana tugasnya di bawah Akta ini dan tiada masa untuk seseorang lain dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, maka pegawai pengurus itu boleh melantik seorang penolong pegawai pengurus untuk menjalankan tugasnya.

(b)

Tiap-tiap pelantikan di bawah perenggan (a) hendaklah dengan seberapa segera yang boleh dilaporkan kepada Suruhanjaya

Pilihan Raya dan boleh dibatalkan oleh Suruhanjaya tetapi tanpa menjejaskan kesahan apa-apa jua perkara yang telah dilakukan oleh mana-mana penolong pegawai pengurus yang dilantik sedemikian.

(5)

Pegawai penguat kuasa hendaklah, tertakluk kepada arahan dan kawalan Pengarah Pilihan Raya Negeri, mempunyai segala kuasa dan menjalankan segala tugas yang diberikan kepadanya bagi penguatkuasaan undang-undang yang berhubungan dengan penjalanan pilihan raya dalam bahagian pilihan raya yang baginya dia dilantik.

Report

Bahagian III

Bahagian Pilihan Raya

Bahagian IV

Pendaftaran Pemilih

Bahagian V

Penjalanan Pilihan Raya

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan