Akta Pilihan Raya 1958 · Updated to 1 Dec 2016 · Bahagian III · Bahagian Pilihan Raya
7. Daerah mengundi dan pusat mengundi
Feedback & supportDengan seberapa segera yang boleh selepas sesuatu bahagian pilihan raya dipersempadankan mengikut Perlembagaan, dan selepas itu apabila mana-mana bahagian pilihan raya diubah atau suatu bahagian pilihan raya baharu diwujudkan, Suruhanjaya
Pilihan Raya hendaklah—
membahagi setiap bahagian pilihan raya kepada daerah-daerah mengundi;
menguntukkan kepada setiap daerah mengundi suatu huruf atau huruf-huruf pengenalan atau nombor pengenalan atau kedua-duanya;
menetapkan pusat atau pusat-pusat akan ditubuhkan pusat atau pusat-pusat mengundi bagi daerah itu; dan
menyiarkan dalam Warta suatu notis yang menentukan—
daerah-daerah mengundi yang mengikutnya bahagian pilihan raya itu telah dibahagi;
huruf atau huruf-huruf pengenalan atau nombor pengenalan atau kedua-duanya yang diperuntukkan kepada setiap daerah mengundi; dan
pusat atau pusat-pusat yang telah ditetapkan untuk penubuhan pusat atau pusat-pusat mengundi bagi setiap daerah mengundi.
Pembahagian sesuatu bahagian pilihan raya kepada daerah-daerah mengundi di bawah subseksyen (1) boleh diubah oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya apabila keadaan menghendakinya, dan apabila sesuatu perubahan itu dibuat, Suruhanjaya hendaklah menyiarkan dalam Warta suatu notis yang menyatakan berhubung dengan bahagian pilihan raya itu butir-butir yang tersebut dalam perenggan (1)(d).
Satu pusat mengundi bagi setiap daerah mengundi hendaklah diadakan melainkan jika difikirkan perlu atau suai manfaat diperuntukkan selainnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya memandang kepada keadaan khas sesuatu hal.
Pilihan Raya 13
Suruhanjaya Pilihan Raya boleh, pada bila-bila masa yang difikirkannya perlu atau mengikut kehendak keadaan, menggantikan mana-mana tempat yang ditetapkan bagi penubuhan suatu pusat mengundi di bawah subseksyen (1) dengan menetapkan mana-mana tempat lain di mana suatu pusat mengundi yang baharu boleh ditubuhkan, dan Suruhanjaya hendaklah menyiarkan dalam Warta suatu notis yang menyatakan butir-butir tentang pusat mengundi yang baharu itu.