13. Pindaan seksyen 15a
Feedback & supportSeksyen 15a Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “duti eksais” perkataan “, dsb.”;
Undang-Undang Malaysia 14
dengan memasukkan selepas perkataan “duti eksais”
di mana-mana jua terdapat perkataan “surcaj, penalti, fi atau wang lain”;
dengan menggantikan perkataan “mana-mana Pengarah
Imigresen” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“Ketua Pengarah Imigresen”;
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“butir-butir mengenai duti eksais yang kena dibayar sedemikian” dengan perkataan “butir-butir orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan suatu kesalahan”;
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“kepada orang” dengan perkataan “di alamat yang terakhir diketahui bagi orang”;
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“duti eksais yang dinyatakan dalam perakuan itu” dengan perkataan “duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain”; dan
dengan memotong subseksyen (6).