Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Eksais (Pindaan) 2019.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
s 2Pindaan seksyen 2
Akta Eksais 1976 [Akta 176], yang disebut “Akta ibu” dalam
Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dalam subseksyen (1)—
dalam takrif “botol” dengan menggantikan perkataan
“setengah gelen” dengan perkataan “dua liter”;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2019
Undang-Undang Malaysia 4
dengan memotong takrif “gudang eksais awam”;
dengan memasukkan selepas takrif “import” takrif yang berikut:
‘ “jalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235];’;
dengan memasukkan selepas takrif “kapal udara”
takrif-takrif yang berikut:
‘ “kawalan kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta
Kastam 1967;
‘‘kedai bebas cukai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta
Kastam 1967;
“ketetapan umum” ertinya ketetapan umum yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 5f;’;
dengan memasukkan selepas takrif “lapangan terbang kastam” takrif yang berikut:
‘ “laut” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;’;
dalam takrif “liquor bumiputera” dengan memasukkan selepas perkataan “sendiri” perkataan “dan bukan untuk kegunaan komersial”;
dalam takrif “pegawai eksais” dengan memotong perenggan (b);
dengan menggantikan takrif “pegawai kanan eksais”
dengan takrif yang berikut:
‘ “pegawai kanan eksais” ertinya—
Ketua Pengarah;
Eksais (Pindaan)
mana-mana Timbalan Ketua Pengarah
Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967;
mana-mana Penolong Ketua Pengarah,
Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong
Kanan Pengarah dan Penolong Pengarah
Kastam yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967;
mana-mana Penguasa Kanan, Penguasa,
Penolong Penguasa Tinggi, Penolong
Penguasa Kanan atau Penolong
Penguasa Kastam yang dilantik di bawah subseksyen 3(4) Akta Kastam 1967;
mana-mana pegawai eksais yang diberi kuasa seorang pegawai kanan eksais di bawah subseksyen 4(2) atau (3);
mana-mana pegawai polis yang mempunyai kuasa seorang pegawai kanan eksais menurut seksyen 4a;’;
dengan memasukkan selepas takrif “pelabuhan kastam” takrif-takrif yang berikut:
‘ “pemegang lesen” ertinya mana-mana orang yang dilesen di bawah seksyen 25 atau 35;
“pemindahan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“pemindahankapal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1)
Akta Kastam 1967;’;
dengan menggantikan takrif “pemunya” dengan takrif yang berikut:
‘ “pemunya”—
berkenaan dengan barang-barang, termasuklah mana-mana orang (selain seorang pegawai eksais yang bertugas atas sifat rasminya) yang adalah
Undang-Undang Malaysia 6
atau mengemukakan dirinya sebagai pemunya, pengimport, pengilang, pemasang, penerima kiriman, ejen atau orang yang memiliki, atau yang mempunyai kepentingan berfaedah atas, atau yang mengawal, atau berkuasa melupuskan, barang-barang itu; dan
berkenaan dengan tanah, ertinya tuan punya berdaftar atau pemunya di sisi undang-undang atau pemegang melalui pemegangan di sisi adat bagi mana-mana tanah;’;
dengan memasukkan selepas takrif “penduduk”
takrif yang berikut:
‘ “pengangkut” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;’;
dalam takrif “pengilangan” dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) berhubung dengan petroleum, proses penapisan yang termasuk pemisahan, penukaran, penulenan dan pengadunan aliran penapisan atau aliran petrokimia;
dan”;
dengan memasukkan sebelum takrif “pengilangan”
takrif yang berikut:
‘ “pengilang berlesen” ertinya mana-mana orang yang dilesen di bawah seksyen 20;’;
dengan memotong takrif “pengilang tembakau berlesen”;
dengan memasukkan selepas takrif “stesen pemungutan” takrif yang berikut:
‘ “surcaj” ertinya apa-apa caj yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen 15(3);’;
dengan memotong takrif “zon bebas”;
Eksais (Pindaan)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Bagi maksud Akta ini, suatu zon bebas hendaklah disifatkan sebagai suatu tempat di luar kawasan utama kastam, dan peruntukan Bahagian VII dan VIIIa dan seksyen 76 hendaklah terpakai bagi zon bebas.
Bagi maksud subseksyen (1a)—
“zon bebas” ertinya mana-mana kawasan di dalam Malaysia yang telah diisytihar oleh Menteri sebagai suatu zon perdagangan bebas atau zon perindustrian bebas di bawah
Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438]; dan
“kawasan utama kastam” ertinya mana-mana bahagian Malaysia tidak termasuk zon bebas, Labuan, Langkawi,
Tioman dan Pangkor.”; dan
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“mana-mana gudang eksais awam, gudang berlesen, pejabat pos, atau dalam mana-mana vesal, teren, kenderaan, kapaludara, talian paip atau tempat” dengan perkataan
“gudang berlesen, suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, pejabat pos, atau di dalam mana-mana pengangkut”.
s 3Pindaan seksyen 4
Subseksyen 4(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “, Pengarah,” perkataan “Timbalan Pengarah,”.
s 4Seksyen baharu 4a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4
seksyen yang berikut:
“Kuasa pegawai polis 4a. Bagi maksud Akta ini, semua pegawai polis yang bukan di bawah pangkat Inspektor hendaklah mempunyai dan boleh melaksanakan semua kuasa yang diberi oleh Bahagian X
Undang-Undang Malaysia 8
Akta ini ke atas pegawai kanan eksais, dan semua pegawai polis di bawah pangkat Inspektor hendaklah mempunyai dan boleh melaksanakan semua kuasa yang diberi oleh Bahagian X
Akta ini ke atas pegawai eksais.”.
s 5Pindaan Bahagian IIa
Bahagian IIa Akta ibu dipinda dalam tajuk dengan memasukkan selepas perkataan “KETETAPAN KASTAM” perkataan “DAN
KETETAPAN UMUM”.
s 6Seksyen baharu 5f
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 5e seksyen yang berikut:
“Ketetapan umum 5f. (1) Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, membuat suatu ketetapan umum bagi pemakaian mana-mana peruntukan
Akta ini.
Ketua Pengarah boleh menarik balik, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, apa-apa ketetapan umum yang dibuat di bawah seksyen ini.”.
s 7Pindaan seksyen 6
Seksyen 6 Akta ibu dipinda dengan memotong subseksyen (6).
s 8Seksyen baharu 6a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6
seksyen yang berikut:
“Tiada duti eksais dilevi atas barang-barang bona fide dalam pemindahan dan pemindahankapal 6a.
Bagi maksud melevi duti eksais, barang-barang bona fide dalam pemindahan, termasuk barang-barang
Eksais (Pindaan)
9
bagi pemindahankapal, tidak boleh disifatkan sebagai diimport melainkan jika barang-barang itu adalah atau telah menjadi barang-barang menyalahi eksais.”.
s 9Pindaan seksyen 11a
Seksyen 11a Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “duti eksais” dengan perkataan “duti eksais, dsb.”;
dengan menomborkan semula peruntukan sedia ada sebagai subseksyen (1);
dalam subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula, dengan menggantikan perkataan “duti eksais atau apa-apa fi atau caj lain yang ditetapkan” dengan perkataan “duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain”;
dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Jika seseorang telah membayar apa-apa duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini yang baginya peremitan telah diberi di bawah subseksyen (1), orang itu berhak kepada suatu pemulangan balik duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang telah diremitkan itu.”.
s 10Pindaan seksyen 13
Seksyen 13 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu dengan memasukkan selepas perkataan
“terlebih bayar” perkataan “atau tersalah bayar”;
dengan menomborkan semula peruntukan sedia ada sebagai subseksyen (1);
dalam subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula, dengan menggantikan perkataan “duti eksais”
dengan perkataan “duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain”;
Undang-Undang Malaysia 10
dalam perenggan (b) proviso kepada subseksyen (1)—
dengan menggantikan perkataan “secara bantahan di bawah seksyen 8a” dengan perkataan
“di bawah seksyen 8a, atau sementara menunggu keputusan suatu semakan atau rayuan di bawah seksyen 47”; dan
dengan menggantikan perkataan “selepas keputusan mengenai penjenisan atau penilaian” dengan perkataan “dari tarikh keputusan ke atas penjenisan, penilaian, semakan atau rayuan”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Suatu tuntutan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong dengan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.”.
s 11Penggantian seksyen 14
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 14 dengan seksyen yang berikut:
“Peremitan duti atas barang-barang yang rosak, musnah atau hilang sebelum dikeluarkan daripada kawalan eksais
s 14Section 14
Jika apa-apa barang-barang berduti rosak, musnah atau hilang disebabkan oleh kemalangan yang tidak dapat dielakkan selepas barang-barang tersebut dikeluarkan daripada kawalan eksais, tiada pengurangan duti eksais boleh dibenarkan atas barang-barang itu.”.
Eksais (Pindaan)
s 12Pindaan seksyen 15
Seksyen 15 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “duti” perkataan “, dsb.”;
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Apabila—
disebabkan oleh ketidaksengajaan, kecuaian, kesilapan, pakatan sulit, atau salah tafsiran di pihak mana-mana pegawai eksais, atau disebabkan oleh pernyataan silap mengenai nilai, kuantiti, kualiti atau perihalan oleh mana-mana orang, atau disebabkan oleh apa-apa sebab lain, keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada mana-mana duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini tidak dibayar; atau
keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu, selepas dibayar, telah, disebabkan oleh apa-apa sebab, dipulangkan balik secara silap, orang yang bertanggungan untuk membayar duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu, atau orang yang kepadanya pemulangan balik itu telah dibuat secara silap, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah membayar kekurangan itu atau membayar balik lebihan amaun yang telah dibayar kepadanya, apabila tuntutan dibuat dalam masa enam tahun dari tarikh duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu kena dibayar, atau kekurangan duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang telah dibayar atau pemulangan balik itu telah dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain bagi mendapatkan balik amaun yang genap masa, apa-apa barang-barang kepunyaan orang yang bertanggungan untuk membayar
Undang-Undang Malaysia 12
amaun yang genap masa yang mungkin dalam kawalan eksais boleh ditahan sehingga duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain atau kekurangan itu dibayar atau pemulangan balik itu dibayar semula, mengikut mana-mana yang berkenaan.”;
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“mengikut amaun dan pada tarikh” dengan perkataan
“tertakluk kepada apa-apa syarat”;
dengan menggantikan subseksyen (3), (4) dan (5) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Jika terdapat keingkaran dalam pembayaran apa-apa ansuran di bawah subseksyen (2) pada tarikh genap masanya, keseluruhan baki tertunggak itu hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada tarikh itu dan hendaklah, tanpa apa-apa notis selanjutnya disampaikan kepada orang yang bertanggungan untuk membayar amaun yang genap masa itu, tertakluk kepada surcaj yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada baki tertunggak itu dan surcaj itu boleh didapatkan balik seolah-olah surcaj itu genap masa dan kena dibayar.
Tiada apa-apa dalam subseksyen (2) dan (3)
boleh menjejaskan pelaksanaan hak dan kuasa di bawah seksyen ini oleh Ketua Pengarah untuk menyita atau, tertakluk kepada subseksyen (5), menjual apa-apa barang-barang di bawah kawalan eksais kepunyaan orang yang bertanggungan untuk membayar duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu bagi mendapatkan balik amaun yang kena dibayar di bawah subseksyen (1), (2) atau (3), atau apa-apa baki tertunggak.
Jika duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain atau kekurangan, atau pemulangan balik kena dibayar balik itu masih belum dibayar, mengikut mana-mana yang berkenaan, Ketua Pengarah boleh menjual barang-barang itu selepas memberikan notis bertulis tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyitaan kepada pemunya atau ejennya, atau jika nama dan alamat pemunya atau ejen itu tidak diketahuinya, melalui pemberitahuan dalam Warta.”; dan
Eksais (Pindaan)
dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(6) Hasil jualan apa-apa barang-barang di bawah subseksyen (5) hendaklah digunakan bagi pembayaran duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain, atau mendapatkan balik apa-apa amaun atau caj yang mungkin genap masa berkenaan penjualan barang-barang itu, dan lebihannya, jika ada, hendaklah dibayar kepada orang yang bertanggungan untuk membayar amaun yang genap masa di bawah subseksyen (1) dan jika orang itu tidak dijumpai dalam masa satu bulan daripada jualan itu, lebihan itu hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Disatukan.
Jika semasa jualan apa-apa barang-barang itu tiada tawaran mencukupi didapati untuk menanggung duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar itu atau pemulangan balik yang dibayar secara silap, mengikut mana-mana yang berkenaan, barang-barang itu hendaklah dilucut hak kepada Kerajaan dan hendaklah dilupuskan mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
Tiada apa-apa dalam subseksyen (1) menghalang
Ketua Pengarah daripada membuat tuntutan pada bila-bila masa selepas enam tahun apabila apa-apa pembayaran duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain tidak dibayar atau kurang dibayar disebabkan oleh apa-apa bentuk fraud atau keingkaran yang dilakukan oleh atau bagi pihak mana-mana orang.
Jika jualan barang-barang itu dibuat secara lelong, elektronik atau selainnya, lelongan itu hendaklah dijalankan oleh atau dengan kehadiran pegawai kanan eksais.”.
s 13Pindaan seksyen 15a
Seksyen 15a Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “duti eksais” perkataan “, dsb.”;
Undang-Undang Malaysia 14
dengan memasukkan selepas perkataan “duti eksais”
di mana-mana jua terdapat perkataan “surcaj, penalti, fi atau wang lain”;
dengan menggantikan perkataan “mana-mana Pengarah
Imigresen” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“Ketua Pengarah Imigresen”;
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“butir-butir mengenai duti eksais yang kena dibayar sedemikian” dengan perkataan “butir-butir orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan suatu kesalahan”;
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“kepada orang” dengan perkataan “di alamat yang terakhir diketahui bagi orang”;
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“duti eksais yang dinyatakan dalam perakuan itu” dengan perkataan “duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain”; dan
dengan memotong subseksyen (6).
s 14Seksyen baharu 15b
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 15a seksyen yang berikut:
“Mendapatkan balik duti eksais, dsb., sebagai hutang sivil 15b. (1) Tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain dan walau apa pun apa-apa semakan atau rayuan terhadap apa-apa keputusan Ketua Pengarah di bawah seksyen 47, apa-apa duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini, boleh didapatkan balik sebagai suatu hutang sivil yang genap masa kepada Kerajaan.
Dalam mana-mana prosiding untuk mendapatkan balik duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain di bawah subseksyen (1), pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua
Pengarah—
yang menyatakan bahawa apa-apa duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain dan amaun yang ditunjukkan dalam perakuan itu sebagai kena dibayar, dalam
Eksais (Pindaan)
15
apa-apa taksiran atau notis yang dibuat di bawah
Akta ini daripada orang yang dinamakan dalam perakuan itu; dan
yang memberikan alamat orang itu dan yang berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa notis taksiran, hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain dan amaun itu sebagaimana yang kena dibayar dalam apa-apa taksiran atau notis dan hendaklah menjadi autoriti yang mencukupi bagi mahkamah untuk memberikan penghakiman bagi amaun itu.
Apa-apa penalti yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah, bagi maksud Akta ini dan Akta Had Masa 1953
[Akta 254], Ordinan Had Masa Sabah [Sabah Bab 72] atau
Ordinan Had Masa Sarawak [Swk. Bab 49], mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh didapatkan semula seolah-olah penalti itu adalah duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini dan dengan itu subseksyen 6(4) Akta Had Masa 1953, seksyen 3 Ordinan
Had Masa Sabah atau seksyen 3 Ordinan Had Masa Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak terpakai kepada penalti itu.”.
s 15Pindaan seksyen 16
Perenggan 16(1)(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “gudang eksais awam atau gudang berlesen” dengan perkataan “gudang berlesen, atau suatu gudang atau mana-mana tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah”.
s 16Pindaan seksyen 19a
Seksyen 19a Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1)—
dengan memasukkan selepas perkataan “barang import,” perkataan “selain barang-barang yang terlibat di bawah seksyen 19e”;
Undang-Undang Malaysia 16
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “eksais” dengan perkataan “kastam”;
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “lima puluh” dengan perkataan “dua ratus”; dan
dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “dua belas” dengan perkataan “tiga”; dan
dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan
“, atau pada kadar duti eksais yang boleh dilevi atas barang-barang daripada perihalan yang serupa pada masa eksport semula barang-barang itu, mengikut mana-mana yang lebih rendah”.
s 17Pindaan seksyen 19b
Seksyen 19b Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perkataan “dengan pendua kepada seorang pegawai kanan eksais, yang pada keseluruhan isinya” dengan perkataan “kepada seorang pegawai kanan eksais”; dan
dengan memotong perkataan “, di mana barang-barang daripada perihalan yang serupa boleh dikenakan duti eksais”.
s 18Pemotongan seksyen 19d
Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 19d.
s 19Seksyen baharu 19g
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 19f seksyen yang berikut:
“Mengimbangi pulangan cukai atau pemulangan balik terhadap amaun terhutang
Eksais (Pindaan)
17 19g. Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika mana-mana orang tidak membayar, keseluruhan atau sebahagian—
apa-apa amaun duti eksais, surcaj, penalti, fi atau apa-apa wang lain di bawah Akta ini;
apa-apa amaun duti kastam, surcaj, penalti, fi atau apa-apa wang lain di bawah Akta Kastam 1967;
apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64];
apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151];
apa-apa amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah
Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762];
apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806]; atau
apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018
[Akta 807],
Ketua Pengarah boleh mengimbangkan apa-apa amaun atau mana-mana bahagian amaun pulangan cukai atau pemulangan balik yang genap masa kepada orang itu terhadap amaun yang tidak dibayar yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c),
, (e), (f) atau (g), dan Ketua Pengarah hendaklah mengira amaun yang diimbangkan sebagai pembayaran atau sebahagian daripada pembayaran yang diterima daripada orang itu.”.
Undang-Undang Malaysia 18
s 20Pindaan seksyen 20
Seksyen 20 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“pemegang lesen” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“pengilang berlesen”.
s 21Pindaan seksyen 21
Seksyen 21 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan
“pemegang lesen” dengan perkataan “pengilang berlesen”;
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“pemegang sesuatu lesen” dengan perkataan “pengilang berlesen”; dan
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“pengilang tembakau berlesen” dengan perkataan
“pengilang berlesen dalam produk tembakau”.
s 22Pindaan seksyen 23
Seksyen 23 Akta ibu dipinda dengan memotong perenggan (1)(b).
s 23Pindaan seksyen 23a
Seksyen 23a Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (2a) dengan subseksyen yang berikut:
“(2a) Mana-mana penyelesai yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2b) melakukan suatu kesalahan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”; dan
Eksais (Pindaan)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2a) subseksyen yang berikut:
“(2b) Seseorang penyelesai hendaklah mengemukakan semua dokumen, buku dan rekod yang berkaitan yang ada dalam milikannya kepada pegawai yang hak bagi maksud pengiraan semua duti kena dibayar di bawah
Akta ini.”.
s 24Pindaan seksyen 23b
Seksyen 23b Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2a)—
dengan memasukkan selepas perkataan
“subseksyen (1)” perkataan “atau (1a)”; dan
dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (2 a)
subseksyen yang berikut:
“(2b) Seseorang penerima hendaklah mengemukakan semua dokumen, buku dan rekod yang berkaitan yang ada dalam milikannya kepada pegawai yang hak bagi maksud mengira semua duti kena dibayar di bawah Akta ini.”.
s 25Pemotongan seksyen 24
Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 24.
s 26Pindaan seksyen 26
Seksyen 26 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“gudang eksais awam, atau gudang berlesen” dengan perkataan
“gudang berlesen, atau suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah”.
Undang-Undang Malaysia 20
s 27Penggantian seksyen 27a
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 27a dengan seksyen yang berikut:
“Mendeposit barang-barang ke dalam gudang 27a. (1) Apabila tiba atau didaratkan, apa-apa barang-barang yang diimport hendaklah didepositkan di dalam suatu gudang berlesen selain gudang berlesen di bawah seksyen 25 atau di dalam suatu gudang atau mana-mana tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah melainkan jika—
duti eksais yang kena dibayar, jika ada, telah dibayar;
barang-barang itu telah diluluskan bagi pergerakan dalam pemindahan dan pembayaran duti eksais digantung;
barang-barang itu telah diluluskan bagi pemindahankapal dan barang-barang itu untuk dimuatkan dengan segera ke vesel lain;
barang-barang itu diimport melalui pos;
barang-barang itu diimport melalui jalan raya atau melalui laut yang tiada gudang berlesen atau gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah di tempat import itu; atau
barang-barang itu adalah barang persendirian dibawa oleh penumpang dalam apa-apa bagasi.
Jika difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah bagi maksud kepentingan awam supaya barang-barang itu digudangkan,
Ketua Pengarah boleh menghendaki barang-barang itu didepositkan di dalam suatu gudang berlesen selain suatu gudang yang dilesenkan di bawah seksyen 25 atau di dalam suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua
Pengarah.
Barang-barang yang didepositkan di bawah subseksyen (2) hendaklah—
didepositkan atas perbelanjaan pemunya barang-barang itu;
Eksais (Pindaan)
disifatkan sebagai di bawah kawalan kastam; dan
tidak dikeluarkan kecuali dengan kebenaran pegawai kastam yang hak.
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi barang-barang yang memasuki kawasan utama kastam melalui jalan raya, laut atau udara dari suatu zon bebas.
Walau apa pun subseksyen (4), barang-barang yang disebut dalam subseksyen (4) tidak boleh dilepaskan daripada kawalan kastam melainkan jika—
duti eksais yang kena dibayar, jika ada, telah dibayar;
atau
barang-barang itu telah diluluskan bagi pergerakan dalam pemindahan dan pembayaran duti eksais digantung.”.
s 28Seksyen baharu 27ab
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 27a seksyen yang berikut:
“Mendeposit barang-barang dalam suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah 27ab. (1) Ketua Pengarah boleh meluluskan apa-apa gudang, yang bukan suatu gudang berlesen, atau mana-mana tempat lain untuk dideposit dengan barang-barang berduti, dan kelulusan yang diberi itu boleh ditarik balik, digantung atau dibatal.
Apa-apa kelulusan itu hendaklah bagi tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam setiap kes bagi kelulusan itu.”.
Undang-Undang Malaysia 22
s 29Pindaan seksyen 28
Seksyen 28 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Pengeluaran barang-barang berduti daripada kawalan eksais”;
dengan menggantikan perkataan “sesuatu gudang eksais awam atau gudang berlesen” dengan perkataan “suatu gudang berlesen atau suatu gudang atau mana-mana tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah”; dan
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) jika barang-barang itu di dalam sesuatu gudang berlesen, suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana tempat lain di bawah kawalan eksais, di bawah apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua
Pengarah—
adalah untuk dipindahkan ke gudang berlesen lain, suatu gudang atau mana-mana tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana tempat lain di bawah kawalan eksais; atau
adalah untuk pengilangan di tempat lain yang dilesenkan di bawah seksyen 20;
atau”.
s 30Pindaan seksyen 30
Seksyen 30 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“pemegang lesen” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“pengilang berlesen”.
Eksais (Pindaan)
s 31Pindaan seksyen 32
Subseksyen 32(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “dua puluh tujuh liter” perkataan “dalam mana-mana satu hari”.
s 32Pindaan seksyen 35
Subseksyen 35(4) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Pemegang sesuatu lesen yang dikeluarkan” dengan perkataan “Pemegang lesen”.