Seksyen 14
Seksyen baharu 15b
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 15a seksyen yang berikut:
“Mendapatkan balik duti eksais, dsb., sebagai hutang sivil 15b. (1) Tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain dan walau apa pun apa-apa semakan atau rayuan terhadap apa-apa keputusan Ketua Pengarah di bawah seksyen 47, apa-apa duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini, boleh didapatkan balik sebagai suatu hutang sivil yang genap masa kepada Kerajaan.
(2)
Dalam mana-mana prosiding untuk mendapatkan balik duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain di bawah subseksyen (1), pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua
Pengarah—
(a)
yang menyatakan bahawa apa-apa duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain dan amaun yang ditunjukkan dalam perakuan itu sebagai kena dibayar, dalam
Eksais (Pindaan)
15
apa-apa taksiran atau notis yang dibuat di bawah
Akta ini daripada orang yang dinamakan dalam perakuan itu; dan
(b)
yang memberikan alamat orang itu dan yang berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa notis taksiran, hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain dan amaun itu sebagaimana yang kena dibayar dalam apa-apa taksiran atau notis dan hendaklah menjadi autoriti yang mencukupi bagi mahkamah untuk memberikan penghakiman bagi amaun itu.
(3)
Apa-apa penalti yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah, bagi maksud Akta ini dan Akta Had Masa 1953
[Akta 254], Ordinan Had Masa Sabah [Sabah Bab 72] atau
Ordinan Had Masa Sarawak [Swk. Bab 49], mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh didapatkan semula seolah-olah penalti itu adalah duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini dan dengan itu subseksyen 6(4) Akta Had Masa 1953, seksyen 3 Ordinan
Had Masa Sabah atau seksyen 3 Ordinan Had Masa Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak terpakai kepada penalti itu.”.