Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

57. Pindaan seksyen 67

Feedback & support

Seksyen 67 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“satu bulan kalendar dari tarikh” dengan perkataan

“tiga puluh hari dari tarikh notis”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subsekysen yang berikut:

“(3)  Jika terdapat suatu tuntutan atau suatu permohonan bertulis yang dibuat dalam tempoh tiga puluh hari yang disebut dalam subseksyen (1) dan tiada pendakwaan dibuat mengenai barang-barang itu, pegawai kanan eksais itu hendaklah, pada tamatnya tempoh tiga puluh hari, merujuk tuntutan atau permohonan itu kepada

Ketua Pengarah.”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3)

subseksyen yang berikut:

“(3a)  Apabila dirujuk oleh pegawai kanan eksais di bawah subseksyen (3), Ketua Pengarah boleh mengarahkan pegawai kanan eksais itu—

(a)

untuk melepaskan barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu atau sekuriti yang diberikan di bawah perenggan 55(1)(a) atau

(b)

; atau

(b)

melalui pemakluman dalam borang yang ditetapkan, supaya merujuk perkara itu kepada

Majistret Kelas Satu untuk keputusannya.”.

Undang-Undang Malaysia 42

Report