Skip to content

Seksyen 50

Seksyen 61 Akta ibu dipinda—

of Akta Eksais (Pindaan) 2019

Amendment ActIn forceProvision 50 of 80
Seksyen 50

(a)

dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subseksyen yang berikut:

“(5)  Dalam seksyen ini, “penganalisis” ertinya—

(a)

seorang ahli kimia berdaftar di bawah Akta

Ahli Kimia 1975 [Akta 158] atau seseorang yang diberi kuasa di bawah seksyen 23a Akta itu, atau pekerjanya yang bekerja di bawah penyeliaannya;

Undang-Undang Malaysia 36

Akta A1594

(b)

seorang jurutera berdaftar di bawah

Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138];

(c)

seorang ahli geologi berdaftar di bawah Akta

Ahli Geologi 2008 [Akta 689];

(d)

Merinyu Timbang dan Sukat yang dilantik sebagai sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan timbang dan sukat yang berkuat kuasa di Malaysia;

(e)

ahli agronomi;

(f)

ahli kajitumbuhan;

(g)

ahli kajipenyakit tumbuh-tumbuhan; dan

(h)

ahli kajiserangga tumbuh-tumbuhan.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (5)

subseksyen yang berikut:

“(5a)  Menteri boleh, selepas berunding dengan

Menteri berkaitan, melantik mana-mana orang yang berkelayakan atau golongan orang yang berkelayakan melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai penganalisis bagi maksud seksyen ini.”.

Seksyen baharu 61a