Skip to content

Seksyen 2

of Akta Pinjaman Luar Negeri 1963

ActIn forceProvision 2 of 7

Seksyen 2

(1)

Menteri

(iaitu,

Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan) boleh dari semasa ke semasa memperdapatkan pinjaman di luar Malaysia—

(a)

bagi maksud

Kumpulan

Wang

Pembangunan

Persekutuan atau satu atau lebih daripada maksud itu;

atau

(b)

bagi pembayaran balik atau pelunasan pinjaman yang diperdapatkan di luar Malaysia, sama ada di bawah seksyen ini atau tidak.

(2)

Apa-apa jumlah wang yang diperdapatkan dengan cara pinjaman di bawah seksyen ini dengan ini diuntukkan terlebih dahulu bagi pembayaran perbelanjaan berkaitan dengan pemerdapatan pinjaman itu, dan tertakluk pada pembayaran perbelanjaan itu, bagi maksud yang baginya pinjaman itu diperdapatkan; tetapi jika jumlah wang yang diperdapatkan sedemikian bagi pembayaran balik atau pelunasan mana-mana pinjaman melebihi amaun yang dikehendaki bagi maksud itu selepas penggunaannya bagi apa-apa amaun yang ada dalam sesuatu kumpulan wang penjelas yang berhubungan dengan pinjaman itu, maka lebihan itu hendaklah digunakan dan dengan ini diuntukkan bagi penebusan, pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri, bagi sekuriti Malaysia.

(3)

Jumlah wang yang diperdapatkan di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi jumlah wang yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta dan perintah itu hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas penyiarannya dibentangkan oleh Menteri di hadapan

Dewan Rakyat; dan dalam mengguna pakai subseksyen ini jumlah

Pinjaman Luar Negeri 7

wang yang diperdapatkan dalam mata wang selain ringgit hendaklah ditukarkan kepada ringgit pada hari apabila amaun untuk diperdapatkan itu ditentukan dan dengan menggunakan apa-apa kadar pertukaran sebagaimana yang diperakui oleh Gabenor Bank Negara sebagai bersesuaian pada masa itu.

(3A)

Apa-apa perjanjian yang dibuat berkenaan dengan jumlah wang yang diperdapatkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat atas nama Malaysia dan boleh ditandatangani bagi pihak Malaysia oleh

Menteri atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Menteri.

(4)

Ordinan Pinjaman 1953 [Ord. 56 tahun 1953], adalah dengan ini dimansuhkan.