Skip to content
ActIn force

Akta Pinjaman Luar Negeri 1963

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1963
Sections
8
Languages
EN · MS

Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 is Malaysia Act, cited as Act 403 1963, currently marked in force and first recorded in 1963.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 403

AKTA PINJAMAN LUAR NEGERI

1963

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi External Loans Act 1963

[Act 403]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa

Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2

Pertama kali diperbuat

… … … … … …

1963 (Akta No. 22

tahun 1963)

Disemak

… … … … … …

1989 (Akta 403 m.b.p 14 Disember 1989)

3

Akta 403

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk memberi kuasa bagi pemerdapatan pinjaman di luar Malaysia untuk mengadakan jumlah wang yang dikehendaki bagi maksud Kumpulan Wang Pembangunan Persekutuan atau bagi pembayaran balik atau pelunasan pinjaman luar negeri, dan untuk membuat peruntukan am berkenaan dengan pinjaman luar negeri. [Semenanjung Malaysia—15 Jun 1963; Sabah dan Sarawak—16 September 1963] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian

Seksyen 1

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pinjaman Luar Negeri 1963.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 403

Bahagian I

KUASA UNTUK MEMINJAM

Kuasa untuk mendapatkan pinjaman luar negeri, dan penggunaan jumlah wang yang diperdapatkan

Seksyen 2

(1)

Menteri

(iaitu,

Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan) boleh dari semasa ke semasa memperdapatkan pinjaman di luar Malaysia—

(a)

bagi maksud

Kumpulan

Wang

Pembangunan

Persekutuan atau satu atau lebih daripada maksud itu;

atau

(b)

bagi pembayaran balik atau pelunasan pinjaman yang diperdapatkan di luar Malaysia, sama ada di bawah seksyen ini atau tidak.

(2)

Apa-apa jumlah wang yang diperdapatkan dengan cara pinjaman di bawah seksyen ini dengan ini diuntukkan terlebih dahulu bagi pembayaran perbelanjaan berkaitan dengan pemerdapatan pinjaman itu, dan tertakluk pada pembayaran perbelanjaan itu, bagi maksud yang baginya pinjaman itu diperdapatkan; tetapi jika jumlah wang yang diperdapatkan sedemikian bagi pembayaran balik atau pelunasan mana-mana pinjaman melebihi amaun yang dikehendaki bagi maksud itu selepas penggunaannya bagi apa-apa amaun yang ada dalam sesuatu kumpulan wang penjelas yang berhubungan dengan pinjaman itu, maka lebihan itu hendaklah digunakan dan dengan ini diuntukkan bagi penebusan, pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri, bagi sekuriti Malaysia.

(3)

Jumlah wang yang diperdapatkan di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi jumlah wang yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta dan perintah itu hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas penyiarannya dibentangkan oleh Menteri di hadapan

Dewan Rakyat; dan dalam mengguna pakai subseksyen ini jumlah

Pinjaman Luar Negeri 7

wang yang diperdapatkan dalam mata wang selain ringgit hendaklah ditukarkan kepada ringgit pada hari apabila amaun untuk diperdapatkan itu ditentukan dan dengan menggunakan apa-apa kadar pertukaran sebagaimana yang diperakui oleh Gabenor Bank Negara sebagai bersesuaian pada masa itu.

(3A)

Apa-apa perjanjian yang dibuat berkenaan dengan jumlah wang yang diperdapatkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat atas nama Malaysia dan boleh ditandatangani bagi pihak Malaysia oleh

Menteri atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Menteri.

(4)

Ordinan Pinjaman 1953 [Ord. 56 tahun 1953], adalah dengan ini dimansuhkan.

Bahagian II

PERUNTUKAN AM

Peruntukan yang mengawal selia pemerdapatan pinjaman luar negeri

Seksyen 3

(1)

Ordinan Pinjaman dan Saham Am 1949 [Ord. 3 tahun 1949], dan Ordinan Sekuriti Pemegang Amanah Kerajaan 1957 [Ord.

tahun 1957], tidak terpakai bagi mana-mana pinjaman yang diperdapatkan atau dikeluarkan selepas permulaan kuat kuasa

Akta ini, dan Ordinan itu hendaklah dipinda sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

(2)

Seksyen 4 dan 5 hendaklah terpakai bagi pinjaman yang diperdapatkan di bawah seksyen 2, dan (tertakluk pada Akta yang berhubungan dengannya) bagi pinjaman yang dibenarkan oleh mana-mana Akta lain untuk diperdapatkan di luar Malaysia mengikut

Bahagian ini; dan mana-mana pinjaman itu dalam Bahagian ini disebut sebagai “pinjaman luar negeri”.

____________________________________________________________________________________

CATATANOrdinan Sekuriti Pemegang Amanah Kerajaan 1957 [Ord. 41 tahun 1957]

telah digantikan dengan Akta Sekuriti Pemegang Amanah Kerajaan 1957 [Akta 426].

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 403

Seksyen 4

Pemerdapatan pinjaman

(1)

Pinjaman luar negeri hendaklah diperdapatkan—

(c)

dengan pewujudan dan pengeluaran apa-apa sekuriti, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.

(1A)

Tanpa menjejaskan subseksyen (2), mana-mana pinjaman luar negeri yang diperdapatkan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh atau dengan kuasa Menteri.

(2)

Sekuriti yang dikeluarkan bagi pemerdapatan mana-mana pinjaman luar negeri di bawah perenggan (1)(c) hendaklah dikenakan apa-apa kadar bunga, dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat tentang pembayaran balik, penebusan dan perkara lain

(termasuk peruntukan bagi suatu kumpulan wang penjelas)

sebagaimana yang ditentukan oleh atau dengan kuasa Menteri.

(3)

Berkaitan dengan pemerdapatan mana-mana pinjaman luar negeri di bawah perenggan (1)(c), Menteri boleh membuat apa-apa perkiraan sebagaimana yang difikirkannya patut bagi penajajaminan mana-mana tawaran bagi langganan atau penjualan sekuriti itu.

(4)

Subseksyen (1), (1A) dan (2) hendaklah memberi kuasa kepada Menteri untuk memasukkan antara terma dan syarat mana-mana pinjaman luar negeri peruntukan bagi pengecualian daripada cukai atau bagi mengecualikan daripada kawalan pertukaran caj hutang atau apa-apa perihalan caj hutang berkenaan dengan sesuatu pinjaman luar negeri; dan Menteri hendaklah melalui perintah membuat apa-apa peruntukan sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk memberi kesan kepada mana-mana pengecualian daripada cukai atau kawalan pertukaran sedemikian, dan apa-apa perintah itu hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan cukai, atau kawalan pertukaran, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pinjaman Luar Negeri 9

(5)

Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan yang terdahulu, terma dan syarat yang dibenarkan oleh subseksyen (1), (1A) dan (2)

boleh mengandungi peruntukan bagi perkara yang berikut:

(a)

bagi pemertanggungan ke atas mana-mana aset (sama ada pada asalnya atau sekiranya hutang lain bagi

Malaysia dipertanggungkan ke atasnya) caj hutang atau apa-apa perihalan caj hutang berkenaan dengan sesuatu pinjaman luar negeri;

(b)

bagi Malaysia, dalam prosiding yang berhubungan dengan pinjaman luar negeri, untuk mengemukakan kepada bidang kuasa mahkamah negara di mana pinjaman itu diperdapatkan.

(6)

Segala caj hutang berkenaan dengan mana-mana pinjaman luar negeri hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

Disatukan Persekutuan (sebagaimana yang diperuntukkan oleh

Perkara 98 Perlembagaan Persekutuan), dan subseksyen (1), (1A)

dan (2) mempunyai kuat kuasa tertakluk pada Perkara itu.

(7)

Dalam seksyen ini “caj hutang” termasuklah bunga, caj kumpulan wang penjelas, pembayaran balik atau pelunasan hutang, dan segala perbelanjaan berkaitan dengan pemerdapatan pinjaman dan perkhidmatan dan penebusan hutang yang diwujudkan olehnya.

Seksyen 5

Pengurusan pinjaman luar negeri

Berkaitan dengan mana-mana pinjaman luar negeri Menteri boleh melalui apa-apa surat ikatan—

(a)

melantik seorang

Pendaftar, dan mengadakan peruntukan bagi penubuhan dan penyenggaraan suatu daftar bagi apa-apa sekuriti, bagi penempatan daftar itu dan bagi takat yang daftar itu menjadi muktamad bagi hakmilik kepada sekuriti itu atau bagi apa-apa perkara lain;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 403

(b)

mengadakan peruntukan bagi penukaran sekuriti berdaftar kepada sekuriti yang boleh dipindah milik melalui penghantarserahan, atau sebaliknya;

(c)

mengadakan peruntukan bagi pengesahan perakuan yang berhubungan dengan sekuriti atau dokumen lain;

(d)

melantik pemegang amanah bagi mana-mana kumpulan wang penjelas, dan mengadakan peruntukan bagi pelaburan, pengurusan dan penggunaan kumpulan wang penjelas itu;

(e)

membolehkan mana-mana surat ikatan sedemikian diubah suai dengan atau tanpa menghendaki persetujuan suatu mesyuarat pemegang sekuriti, dan mengadakan peruntukan atau bagi memanggil dan menjalankan mesyuarat sedemikian bagi maksud itu atau mana-mana maksud lain, dan majoriti yang dikehendaki pada mesyuarat sedemikian bagi keputusan mesyuarat itu mengenai apa-apa perkara yang mengikat pemegang sekuriti;

(f)

pada amnya mengawal selia, atau memberi kuasa kepada Pendaftar untuk mengawal selia, pengurusan pinjaman dan semua perkara berbangkit yang berkaitan dengannya.

Seksyen 6

Pertukaran sekuriti

(1)

Menteri boleh, bagi maksud menjalankan apa-apa perkiraan yang dibuat dengan pemegang sekuriti yang dikeluarkan di bawah

Akta ini bagi pertukaran sekuriti itu (sama ada pada atau sebelum matang, dan sama ada dengan atau tanpa apa-apa pembayaran lanjut), mewujudkan dan mengeluarkan apa-apa sekuriti lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri, dan seksyen 4 dan 5 hendaklah terpakai, dengan apa-apa penyesuaian yang perlu, bagi sekuriti yang dikeluarkan di bawah seksyen ini seolah-olah sekuriti itu dikeluarkan bagi pemerdapatan suatu pinjaman luar negeri.

Pinjaman Luar Negeri 11

(2)

Mana-mana perkiraan yang dibuat bagi pertukaran sekuriti di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi membuat pembayaran kepada pemegang sekuriti yang ditukarkan; dan apa-apa pembayaran sedemikian dan segala perbelanjaan lain bagi apa-apa pertukaran itu boleh dijelaskan daripada lebihan (jika ada) yang diwujudkan oleh pertukaran itu dalam mana-mana kumpulan wang penjelas yang berhubungan dengan sekuriti yang ditukarkan itu dan, jika tidak dijelaskan sedemikian, hendaklah dipertanggungkan pada

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan sebagai sebahagian daripada caj hutang bagi sekuriti itu.

(3)

Dalam mana-mana pertukaran sekuriti di bawah seksyen ini lebihan (jika ada) yang diwujudkan dalam mana-mana kumpulan wang penjelas yang berhubungan dengan sekuriti yang ditukarkan itu, atau sekian banyak daripadanya yang tidak digunakan di bawah subseksyen (2), boleh jika Menteri mengarahkan sedemikian dipindahkan kepada mana-mana kumpulan wang penjelas lain yang berhubungan dengan sekuriti Malaysia, dan tertakluk padanya hendaklah digunakan pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dalam penebusan sekuriti

Malaysia.

(4)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi mana-mana penukaran sekuriti yang dibenarkan oleh seksyen 31 Ordinan Pinjaman dan Saham Am 1949, seolah-olah sekuriti itu telah dikeluarkan bagi pemerdapatan pinjaman luar negeri; dan dengan sewajarnya dalam perenggan (1)(b) seksyen itu bagi perkataan “saham hendaklah dikeluarkan di bawah peruntukan Ordinan ini” hendaklah digantikan dengan perkataan “sekuriti hendaklah dikeluarkan sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 6 Akta Pinjaman Luar Negeri 1963”.

Seksyen 7

Pembatalan sekuriti yang telah ditukar atau ditebus

Semua sekuriti yang telah ditukar atau ditebus menurut Akta ini hendaklah dibatalkan dan dilupuskan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 403

Jadual

JADUAL

Pindaan kepada Ordinan yang sedia ada

1. Dalam Ordinan Pinjaman dan Saham Am 1949 [Ord. 3 tahun 1949], peruntukan yang berikut adalah dengan ini dimansuhkan, iaitu, seksyen 3, 5 hingga 24, 32, 33, 35 dan 38; dalam perenggan 31(1)(a), (c) dan (d) dan subseksyen 31(2);

dan dalam seksyen 34 perkataan “kepada saham atau dibatalkan atau dibeli”.

2. Dalam Ordinan Sekuriti Pemegang Amanah Kerajaan 1957 [Ord.

tahun 1957], dalam seksyen 3, hendaklah ditambahkan di hujungnya—

“Dengan syarat bahawa Ordinan ini tidak terpakai kepada sekuriti yang dikeluarkan selepas permulaan kuat kuasa Akta Pinjaman Luar Negeri 1963.”

13

Akta 403

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Ord. 21/1954

Pendaftaran Ahli Farmasi 01-02-1952

P.U. 102/64

Perintah

Ubah

Suaian

Undang-Undang

(Pinjaman

Luar

Negeri) (Peluasan) 1964 16-09-1963

Akta 49

Akta Pinjaman Luar Negeri (Pindaan)

1966 28-07-1966

Akta A184

Akta Pinjaman Luar Negeri (Pindaan)

1973 30-03-1973

P.U. (B) 346/1977

Resolusi Di Bawah Seksyen 2—

Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 27-05-1977

Akta A477

Akta Pinjaman (Tempatan) Pinjaman

Luar Negeri dan Lanjutan Kredit

(Pindaan) 1980 01-02-1980

P.U. (B) 406/1982

Perintah

Pinjaman

Luar

Negeri

(Had

Pinjaman di

Sisi

Undang-Undang) 1982 16-07-1982

Akta A579

Akta

Pinjaman

Luar

Negeri

(Pindaan) 1984 15-06-1963

14

Akta 403

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 2

Akta 49

Akta A184

Akta A477 28-07-1966 30-02-1973 01-02-1980 4

Akta A579 15-06-1963

Common questions

What is Akta Pinjaman Luar Negeri 1963?
Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 is Malaysia Act, cited as Act 403 1963, currently marked in force and first recorded in 1963.
Is Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 still in force?
Yes — Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 is currently in force.
When did Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 take effect?
Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 was first recorded in 1963.
How many sections does Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 have?
Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 contains 7 sections.
Where can I read the official version of Akta Pinjaman Luar Negeri 1963?
The official text of Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.