Skip to content

Seksyen 3

of Akta Pertubuhan Peladang 1973

ActIn forceProvision 3 of 43

Seksyen 3

(1)

Sesuatu Pertubuhan Peladang Kawasan boleh dibentuk mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat

* CATATAN—Akta 287, Sabah Ordinan 3 tahun 1958 dan Sarawak Bab 66 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Koperasi 1993 [Akta 502]—lihat seksyen 95 Akta 502.

Pertubuhan Peladang 9

di bawahnya bagi mana-mana kawasan di mana-mana Negeri oleh tidak kurang daripada lima puluh orang yang memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen 9(1) dan yang sebelum pembentukan itu telah berhimpun di suatu mesyuarat bagi maksud membentuk suatu Pertubuhan Peladang.

(2)

Mana-mana dua atau lebih Pertubuhan Peladang Kawasan yang didaftarkan mengikut Akta ini boleh dengan kelulusan

Pendaftar dan mengikut mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bergabung menjadi suatu Pertubuhan Peladang Negeri.

(3)

Mana-mana dua atau lebih Pertubuhan Peladang Negeri yang didaftarkan mengikut Akta ini boleh dengan kelulusan Pendaftar dan mengikut mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bergabung menjadi suatu Pertubuhan Peladang Kebangsaan.