Skip to content

Seksyen 25

of Akta Pertubuhan Peladang 1973

ActIn forceProvision 31 of 43

Seksyen 25

Sesuatu daftar atau senarai anggota atau unit anggota yang disimpan oleh mana-mana Pertubuhan Peladang hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai mana-mana daripada butir-butir berikut yang tercatat di dalamnya:

Pertubuhan Peladang 27

(a)

tarikh nama seseorang telah dicatatkan dalam daftar atau senarai itu sebagai seorang anggota;

(b)

tarikh nama sesuatu koperasi berasaskan pertanian atau kumpulan orang telah dicatatkan dalam daftar atau senarai itu sebagai suatu unit anggota;

(c)

tarikh seseorang, koperasi berasaskan pertanian atau kumpulan orang berhenti daripada menjadi seorang anggota atau unit anggota Pertubuhan Peladang itu.