Seksyen 3
of Akta Ibu Kota Persekutuan 1960
Seksyen 3
Mengikut peruntukan Fasal (1) Perkara 154 Perlembagaan,
Bandaraya Kuala Lumpur hendaklah menjadi Ibu Kota Persekutuan.
Undang-Undang Malaysia 6
*(2) Kawasan Bandaraya Kuala Lumpur hendaklah terdiri daripada kawasan Wilayah Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 2(2) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2)
1973 [Akta A206].
(3)
Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, dari semasa ke semasa membahagikan Bandaraya kepada daerah atau bahagian kecil lain dan mengecualikan daripada penguatkuasaan Akta ini atau penguatkuasaan mana-mana undang-undang bertulis yang menyentuh Bandaraya, mana-mana tempat atau tempat-tempat dalam sempadan Bandaraya sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.
(4)
Apa-apa pengecualian di bawah subseksyen (3) tidak boleh mengecualikan mana-mana orang yang tinggal dalam mana-mana tempat sedemikian daripada penguatkuasaan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kadar atau percukaian.