Skip to content

Seksyen 16

of Akta Ibu Kota Persekutuan 1960

ActIn forceProvision 16 of 21

Seksyen 16

(1)

Tertakluk kepada Akta ini, Ordinan Perbandaran Negeri-Negeri Selat [Bab 133] dan Enakmen Lembaga Bandaran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu [Bab 137] yang berkuat kuasa berhubung dengan Bandaraya dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang menyentuh Bandaraya, dan berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan atau Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, terus berkuat kuasa pada dan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang dibuat dalamnya di bawah seksyen ini; dan, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, sebutan dalamnya—

(a)

tentang Anggota Majlis Perbandaran Kuala Lumpur atau tentang Yang Dipertua atau tentang mana-mana Anggota

Majlisnya hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang

Datuk Bandar;

Undang-Undang Malaysia 12

(b)

tentang Raja, Raja dalam Mesyuarat, Pihak Berkuasa Negeri atau Dewan Undangan Negeri hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang Menteri, mengikut kehendak hal keadaan.

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh, dalam tempoh dua tahun bermula dengan permulaan kuat kuasa Akta ini, melalui perintah meminda, menyesuaikan atau memansuhkan mana-mana undang-undang bertulis yang menyentuh Bandaraya dan yang berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini jika dia menganggapnya suai manfaat atau perlu untuk berbuat demikian bagi maksud menyelaraskan undang-undang bertulis itu dengan

Akta ini atau untuk menghapuskan apa-apa kesulitan yang berbangkit berkenaan dengan peruntukan peralihan Akta ini.

Perpindahan hakmilik harta, dsb.