Seksyen 29
Penalti kerana tidak mematuhi notis penguatkuasaan yang disampaikan menurut seksyen 27
of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982
Tanpa menyentuh subseksyen (4), jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis penguatkuasaan yang disampaikan menurut seksyen 27 atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Datuk Bandar selepas penarikan balik atau penolakan permohonan untuk kebenaran perancangan yang dibuat berkenaan dengannya, notis penguatkuasaan atau setakat mana ia terus berkuat kuasa tidak dipatuhi, Datuk Bandar atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh memasuki dengan atau tanpa pekerja tanah itu dan mengambil langkah yang perlu untuk
Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 43
melaksanakan notis penguatkuasaan termasuk perobohan atau perubahan mana-mana bangunan atau kerja atau memindahkan apa-apa barang, kenderaan atau benda daripada mana-mana bangunan atau tanah.
(2)
Datuk Bandar boleh meminta pegawai penjaga polis daerah di mana tindakan hendak diambil supaya mengadakan pegawai polis untuk memberi bantuan kepada pegawai yang diberi kuasa mengambil apa-apa tindakan menurut kuasa subseksyen (1) dan adalah menjadi tanggungjawab pegawai penjaga polis daerah untuk mematuhi permintaan supaya mengadakan pegawai polis untuk memberi bantuan tersebut.
(3)
Jika Datuk Bandar menjalankan kuasa di bawah subseksyen (1), dia boleh mendapat semula perbelanjaan dan kos yang ditanggung olehnya daripada pemunya tanah mengikut cara yang sama seperti suatu tindakan untuk mendapatkan semula kadar di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan kerajaan tempatan.
(4)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa kehendak notis penguatkuasaan yang disampaikan menurut seksyen 27 dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalamnya atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Datuk Bandar selepas penarikan balik atau penolakan permohonan kebenaran perancangan yang dibuat berkenaan dengannya melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan dalam hal kesalahan yang berterusan, denda tambahan sehingga lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disabitkan kerana melakukan kesalahan pertama itu.