Seksyen 19
of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982
Seksyen 19
(1)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini tiada seorangpun boleh menggunakan atau membenarkan untuk digunakan sesuatu tanah atau bangunan atau memulakan, mengusahakan atau menjalankan apa-apa pembangunan melainkan menurut pelan pembangunan atau sesuatu kebenaran perancangan yang dibenarkan di bawah Akta ini berkenaan dengan pembangunan itu.
(2)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Datuk Bandar boleh membenarkan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam permit itu pelanjutan selama sesuatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam permit itu mengenai kegunaan sesuatu tanah atau bangunan bagi maksud dan setakat mana ia telah digunakan sebelum tarikh Akta ini mula berkuat kuasa.