Skip to content

Seksyen 31

of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

ActIn forceProvision 31 of 66

Seksyen 31

(1)

Maka adalah menjadi kewajipan Datuk Bandar apabila sesuai pada masa memberi kebenaran perancangan atau pada bila-bila masa selepas itu untuk mengenakan syarat untuk memelihara atau menanam pokok dan mengadakan tanah lapang.

(2)

Datuk Bandar boleh pada masa memberi kebenaran perancangan dan pada bila-bila masa selepas itu menghendaki pemohon mendeposit atau mendepositkan selanjutnya kepada Datuk

Bandar apa-apa amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk

Bandar untuk memastikan supaya―

(a)

syarat untuk memelihara atau menanam pokok akan dipatuhi; dan

(b)

apa-apa tanah lapang dibina mengikut pelan dan penentuan yang diluluskan.

(3)

Amaun yang ditentukan oleh Datuk Bandar hendaklah didepositkan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Datuk Bandar.