Seksyen 6
Tugas Datuk Bandar
of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982
(1)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tugas Datuk Bandar ialah mengatur, mengawal dan merancang pembangunan semua tanah dalam Wilayah Persekutuan dan kegunaan tanah dan bangunan itu
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 267
dan melaksanakan apa-apa tugas lain sebagaimana yang diberikan oleh Menteri kepadanya.
(2)
Secara khusus dan tanpa menyentuh keluasan peruntukan di atas, Datuk Bandar boleh, dan hendaklah jika diarahkan oleh
Menteri―
(a)
menyediakan dan melaksanakan pelan pembangunan;
(b)
mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyenggaraan dan penyiaran perangkaan, buletin dan penyiaran lain yang berhubungan dengan perancangan bandar;
(c)
menyediakan dan mengemukakan laporan berhubungan dengan perjalanan Akta ini; dan
(d)
melaksanakan apa-apa tugas lain yang menjadi tambahan kepada, bersampingan dengan atau berbangkit daripada apa-apa tugas yang tersebut di atas atau yang mungkin diberikan oleh Menteri.
(3)
Datuk Bandar boleh menjalankan semua kuasa sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi maksud menjalankan tugasnya di bawah Akta ini.