Akta Penapisan Filem 2002 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VIII · Peruntukan Pemansuhan, Peralihan dan Kecualian
54. Lembaga dan Jawatankuasa
Feedback & supportLembaga Penapis Filem, Jawatankuasa Penilaian dan
Jawatankuasa Rayuan yang ditubuhkan oleh Akta termansuh dibubarkan.
Penapisan Filem 33
Walau apa pun subseksyen (1), tiap-tiap orang yang merupakan anggota Lembaga Penapis Filem dan Jawatankuasa Rayuan di bawah
Akta termansuh sebaik sebelum tarikh Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, pada tarikh itu—
dalam hal seorang anggota Lembaga Penapis Filem, disifatkan telah dilantik sebagai anggota Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 4; dan
dalam hal seorang anggota Jawatankuasa Rayuan, disifatkan telah dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Rayuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 22, dan hendaklah terus menjadi anggota sedemikian sehingga habis tempoh yang baginya dia dilantik di bawah Akta termansuh.
Walau apa pun subseksyen (1), apa-apa perkara yang belum selesai di hadapan Lembaga Penapis Filem, Jawatankuasa Penilaian dan Jawatankuasa Rayuan di bawah Akta termansuh hendaklah dibereskan oleh Lembaga dan Jawatankuasa-Jawatankuasa itu di bawah Akta termansuh seolah-olah Lembaga dan Jawatankuasa-Jawatankuasa itu tidak dibubarkan dan Akta termansuh tidak dimansuhkan.