Akta Penapisan Filem 2002 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Lembaga Penapis
4. Penubuhan Lembaga
Feedback & support(1)
Maka hendaklah ada suatu Lembaga Penapis yang terdiri daripada anggota-anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
(a)
seorang Pengerusi;
(b)
seorang Naib Pengerusi; dan
(c)
tidak kurang daripada dua orang lain.
(2)
Peruntukan yang dinyatakan dalam Jadual hendaklah terpakai bagi Lembaga.
(3)
Hendaklah disediakan untuk Lembaga seorang Setiausaha dan apa-apa bilangan Penolong Setiausaha dan penolong perkeranian dan penolong-penolong lain yang perlu.
(4)
Setiausaha, Penolong-Penolong Setiausaha dan penolong perkeranian dan penolong-penolong lain yang disediakan untuk
Lembaga di bawah subseksyen (3) hendaklah juga memberikan khidmat kepada dan membantu Jawatankuasa Rayuan.