Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Penapisan Filem 2002

Feedback & supportCensorship of films

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penapisan Filem 2002.

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

(1)

Bagi mengelakkan keraguan, dengan ini diisytiharkan bahawa

Akta ini tidak terpakai bagi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri.

(2)

Akta ini tidak terpakai bagi—

(a)

apa-apa filem yang ditaja oleh Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan mana-mana Negeri;

(b)

apa-apa filem yang dipindahkapalkan di dalam Malaysia bagi penghantarserahan di suatu tempat di luar Malaysia;

(c)

apa-apa filem sama ada dikeluarkan di Malaysia atau diimport ke Malaysia yang pemunyanya tidak bermaksud untuk menayangkan di Malaysia atau apa-apa filem yang dikeluarkan di Malaysia dan dimaksudkan oleh pemunyanya

Undang-Undang Malaysia 8

untuk pengedaran ke seluruh dunia, selain Malaysia, jika suatu permit atau suatu perakuan pengecualian telah diberikan di bawah seksyen 8 oleh Lembaga;

(d)

apa-apa filem, yang tidak lucah atau memberahikan, yang berada dalam milikan mana-mana orang atau ejennya dan yang dimaksudkan untuk kegunaan peribadinya sendiri dan tidak bagi maksud penjualan, penyewaan, pengedaran, penayangan awam atau penyebaran selagi filem itu berada dalam milikan itu.

(3)

Akta ini tidak boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan melalui internet atau melalui intranet.

s 3Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“bahan publisiti filem” termasuklah keseluruhan atau apa-apa bahagian sesuatu gambar, fotograf, poster, rajah, surat sebaran, slaid, iklan surat khabar dan apa-apa bentuk iklan lain yang asal atau pendua yang dicetak atau dirakamkan pada apa-apa bahan dan yang dimaksudkan untuk menyerantakan sesuatu filem;

“barang” ertinya peralatan atau kelengkapan yang digunakan untuk membuat dan memproses filem atau penduanya, dan termasuklah set televisyen dan perakam kaset video;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“filem” termasuklah keseluruhan atau apa-apa bahagian—

(a)

sesuatu filem sinematografi; dan

(b)

sesuatu pita video, disket, cakera laser, cakera padat, cakera keras dan rekod lain, yang asal atau pendua bagi suatu urutan imej gambar tampak, yang merupakan suatu rekod yang dapat digunakan sebagai suatu cara untuk menunjukkan urutan itu sebagai suatu gambar bergerak, sama ada atau tidak diiringi oleh bunyi;

Penapisan Filem 9

“Jawatankuasa Rayuan” ertinya Jawatankuasa Rayuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 22;

“Lembaga” ertinya Lembaga Penapis yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perkara mengenai penapisan filem dan bahan publisiti filem dan, kecuali berhubungan dengan kuasa untuk membuat peraturan, termasuklah

Timbalan Menteri;

“pegawai kastam yang hak” mempunyai erti yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Kastam 1967 [Akta 235];

“Pegawai Penguat Kuasa” ertinya seseorang Pegawai Penguat

Kuasa yang dilantik di bawah seksyen 29 dan termasuklah Penolong

Pegawai Penguat Kuasa dan Pegawai Penguat Kuasa Rendah;

“pegawai polis” ertinya seseorang pegawai polis, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Polis 1967 [Akta 344], yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor;

“pemunya”, berhubung dengan sesuatu filem atau bahan publisiti filem, ertinya—

(a)

seseorang yang berhak ke atas milikan filem atau bahan publisiti filem itu sama ada filem atau bahan publisiti filem itu dibuat atau dikeluarkan di Malaysia atau diimport dari luar Malaysia; atau

(b)

mana-mana orang yang mempunyai filem atau bahan publisiti filem itu dalam kawalan, milikan atau pemunyaannya pada masa yang berkenaan;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(a) dan termasuklah Naib Pengerusi dan Pengerusi sementara yang melaksanakan kewajipan Pengerusi;

“pengubahan” termasuklah pemotongan, penambahan, penghapusan, pemadaman, penyusunan semula atau pembuangan adegan, dialog atau bunyi, pada keseluruhan atau sebahagiannya, daripada sesuatu filem, dan termasuklah juga pemasukan atau pemindaan sari kata dalam sesuatu filem;

“Setiausaha” ertinya Setiausaha yang disediakan untuk Lembaga di bawah subseksyen 4(3), dan termasuklah seseorang Penolong

Setiausaha;

Undang-Undang Malaysia 10

“tayangan” termasuklah pengeluaran apa-apa muzik, ucapan, bunyi bising atau bunyi lain yang mengiringi penayangan sesuatu filem, dan “tayang” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

Bahagian II

Lembaga Penapis

Bahagian III

Kawalan Filem dan Bahan Publisiti Filem

Bahagian IV

Rayuan

Bahagian V

Kuasa Menteri

Bahagian VI

Bahagian VII

Pelbagai

Bahagian VIII

Peruntukan Pemansuhan, Peralihan dan Kecualian

Schedules