Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2023Read it in English

Bab II · Pindaan Kepada Akta Cukai Pendapatan 1967

30. Peruntukan khas yang berhubungan dengan perenggan 5A Jadual 7B

Feedback & support

Walau apa pun perenggan 5 Jadual 7B kepada Akta ibu dan perenggan 5A Jadual itu sebagaimana yang dimasukkan oleh seksyen 29 Akta ini, apa-apa elaun atau elaun-elaun yang tidak boleh diberikan di bawah perenggan 5 Jadual 7B kepada Akta ibu sebelum

Kewangan 31

permulaan kuat kuasa seksyen 29 Akta ini bagi tahun taksiran 2018

dan amaun itu berkaitan dengan elaun atau elaun-elaun yang ditentukan di bawah perenggan 5 Jadual 7B kepada Akta ibu sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 29 Akta ini bagi tahun taksiran yang berkaitan dengan tempoh asas apabila tempoh lima tahun yang dinyatakan dalam perenggan 3 berakhir—

(a)

hendaklah hanya diberikan kepada orang itu mengikut perenggan 5 Jadual 7B kepada Akta ibu, seolah-olah Akta ibu tidak dipinda, bagi tempoh tujuh tahun taksiran berturut-turut dan tempoh itu bermula sebaik selepas tahun taksiran 2018;

dan

(b)

apa-apa amaun elaun atau amaun agregat pada akhir tempoh itu yang masih belum diberikan kepada orang itu, oleh sebab ketidakcukupan atau ketiadaan pendapatan berkanun daripada perniagaannya bagi tempoh itu, tidak boleh diambil kira bagi maksud Jadual 7B Akta ibu.

Report

Bab III

Pindaan Kepada Akta Penggalakan Pelaburan 1986

Bab IV

Pindaan Kepada Akta Setem 1949

Bab V

Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

Bab VI

Pindaan Kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990

Bab VII

Pindaan Kepada Akta Cukai Perkhidmatan 2018

Bab VIII

Pindaan Kepada Akta Cukai Jualan 2018

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ibu dipinda dalam tajuk, dengan menggantikan perkataan “DAN PEREMITAN” dengan perkataan “, PEREMITAN