Akta Kewangan 2018 · Updated to 1 Jun 2023 · Bab III · Pindaan Kepada Akta Penggalakan Pelaburan 1986
34. Peruntukan khas yang berhubungan dengan seksyen 6
Feedback & supportWalau apa pun proviso kepada subseksyen 6(1AC) Akta ibu sebagaimana yang dimasukkan oleh seksyen 33 Akta ini—
(a)
jika syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak telah diberikan taraf perintis pada atau sebelum 16 Oktober 2017, proviso kepada subseksyen 6(1AC) tidak terpakai bagi syarikat itu hingga 30 Jun 2021; dan
(b)
jika syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak telah diberikan taraf perintis selepas 16 Oktober 2017, proviso kepada subseksyen 6(1AC) tidak terpakai bagi syarikat itu sehingga 31 Disember 2018.