Akta Kewangan 2018 · Updated to 1 Jun 2023 · Bab III · Pindaan Kepada Akta Penggalakan Pelaburan 1986
36. Pindaan seksyen 25
Feedback & supportSeksyen 25 Akta ibu dipinda—
dengan memotong subseksyen (3);
dalam subseksyen (4), dengan memotong proviso; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(5) Walau apa pun subseksyen (4), potongan yang belum lagi dibuat (atau sekian banyak daripadanya yang belum lagi dibuat) bagi tahun taksiran di bawah subseksyen itu, hendaklah hanya dibuat ke atas syarikat itu mengikut subseksyen itu bagi tempoh tujuh tahun taksiran berturut-turut dan tempoh itu bermula sebaik selepas tahun taksiran yang berkaitan dengan tempoh asas dalam mana terjatuhnya hari permulaan tempoh selepas perniagaan perintis, dan apa-apa amaun potongan pada akhir tempoh itu yang masih belum dibuat ke atas syarikat itu, oleh sebab ketidakcukupan atau ketiadaan pendapatan berkanun bagi tempoh itu, tidak boleh diambil kira bagi maksud seksyen ini.”.