Akta Kewangan 2018 · Updated to 1 Jun 2023 · Bab VI · Pindaan Kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990
72. Pindaan seksyen 2
Feedback & supportAkta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, yang disebut
“Akta ibu” dalam Bab ini, dipinda dalam subseksyen 2(1)—
(a)
dengan menggantikan takrif “aktiviti perniagaan Labuan”
dengan takrif yang berikut:
‘ “aktiviti perniagaan Labuan” ertinya suatu aktiviti perdagangan Labuan atau aktiviti bukan perdagangan
Labuan yang dijalankan di, dari atau melalui Labuan, tidak termasuk apa-apa aktiviti yang merupakan suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;’; dan
(b)
dengan memotong takrif “entiti Labuan”.