Akta Kewangan 2018 · Updated to 1 Jun 2023 · Bab VI · Pindaan Kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990
75. Pindaan seksyen 4
Feedback & supportSeksyen 4 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Bagi menggelakkan keraguan, keuntungan bersih yang disebut dalam subseksyen (2) tidak termasuk apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada royalti dan pendapatan lain yang diperoleh daripada hak harta intelek jika ia boleh diterima sebagai balasan bagi pengeksploitan secara komersial hak itu.
Apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada hak harta intelek yang disebut dalam subseksyen (3) adalah tertakluk kepada cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Bagi maksud seksyen ini, “hak harta intelek” ertinya suatu hak yang timbul daripada apa-apa paten, penemuan dan inovasi utiliti, hak cipta, cap dagangan dan cap perkhidmatan, reka bentuk industri, reka bentuk susun atur litar bersepadu, kepandaian dan proses atau formula rahsia, petunjuk geografi dan pemberian geran perlindungan varieti tumbuhan, dan hak-hak lain yang serupa, sama
46
Undang-Undang Malaysia ada yang berdaftar atau boleh daftar.”.