Akta Kewangan 2020 · Updated to 31 Dec 2020 · Bab III · Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
33. Pindaan seksyen 15
Feedback & supportSeksyen 15 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(4a) Walau apa pun subseksyen (4), Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicaranya atas apa-apa sebab yang baik yang diberikan, meremitkan kesemua atau mana-mana bahagian jumlah wang yang disebut dalam subseksyen itu dan, jika jumlah wang yang diremitkan itu telah dibayar,
Ketua Pengarah hendaklah membayar balik jumlah wang itu.”.