Akta Kewangan 2020 · Updated to 31 Dec 2020 · Bab III · Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
36. Pindaan seksyen 22
Feedback & supportSeksyen 22 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Perakuan yang disebut dalam subseksyen (1)
boleh dikeluarkan kepada mana-mana Pesuruhjaya
Polis atau Pengarah Imigresen melalui perantaraan elektronik atau secara penghantaran elektronik.”; dan
(b)
dalam subseksyen (6)—
(i)
dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan noktah di hujung takrif “immigration officer”
dengan koma bernoktah; dan
(ii)
dengan memasukkan sebelum takrif “pegawai imigresen” takrif yang berikut:
‘ “orang” termasuklah pengarah suatu syarikat yang dinyatakan dalam subperenggan 5(1a)
Jadual 1;’.