Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2020Read it in English

Bab III · Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

37. Pindaan seksyen 57a

Feedback & support

Seksyen 57a Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Bagi maksud subseksyen (1), seseorang boleh memberikan kebenaran secara bertulis kepada ejen cukai, peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya atau peguam bela Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan bagi pihak orang itu borang yang ditetapkan mengikut cara yang diperuntukkan dalam subseksyen (1).

Kewangan 31

(4)

Borang yang ditetapkan itu yang dikemukakan menurut subseksyen (3) bagi pihak mana-mana orang hendaklah dianggap sebagai telah dikemukakan dengan kebenaran orang itu, sehingga dibuktikan sebaliknya, dan orang itu hendaklah disifatkan sebagai mengetahui kandungannya.

(5)

Jika subseksyen (3) terpakai—

(a)

orang yang memberikan kebenaran kepada ejen cukai, peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya atau peguam bela Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak itu hendaklah membuat suatu akuan dalam borang yang ditetapkan yang menyatakan bahawa—

(i)

ejen cukai, peguam bela dan peguam cara

Mahkamah Tinggi Malaya atau peguam bela

Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak itu diberikan kebenaran untuk mengemukakan borang itu kepada

Ketua Pengarah bagi pihak orang itu; dan

(ii)

maklumat yang diberikan oleh orang itu kepada ejen cukai, peguam bela dan peguam cara

Mahkamah Tinggi Malaya atau peguam bela

Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak itu bagi penyediaan borang itu adalah benar dan betul;

(b)

ejen cukai, peguam bela dan peguam cara Mahkamah

Tinggi Malaya atau peguam bela Mahkamah Tinggi

Sabah dan Sarawak itu hendaklah membuat suatu akuan dalam borang yang dikemukakan mengikut subseksyen (1)

yang menyatakan bahawa—

(i)

borang itu disediakan menurut maklumat yang diberikan oleh orang yang memberikan kebenaran itu; dan

(ii)

dia telah menerima akuan yang dibuat oleh orang yang memberikan kebenaran itu di bawah perenggan (a);

32

Undang-Undang Malaysia 32

(c)

orang yang memberikan kebenaran itu hendaklah menyimpan dan memegang simpan dalam jagaan selamat salinan cetak borang yang telah dikemukakan itu dan suatu salinan hendaklah dibuat mengikut proses dan tatacara yang dibangunkan dengan sebegitu demi memastikan bahawa maklumat yang terkandung dalam borang itu hanya maklumat yang dikemukakan menurut seksyen ini;

(d)

salinan cetak yang disebut dalam perenggan (c) hendaklah ditandatangani oleh orang yang memberikan kebenaran itu; dan

(e)

salinan cetak yang disebut dalam perenggan (c) dan akuan yang dibuat di bawah perenggan (a) hendaklah disimpan dan dipegang simpan bagi tempoh selama tujuh tahun dari akhir tahun taksiran yang dalamnya borang itu dikemukakan.

(6)

Borang yang disebut dalam subseksyen (1) disifatkan telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah oleh orang yang memberikan kebenaran itu pada tarikh yang suatu perakuan penerimaan borang itu yang dihantar secara elektronik oleh Ketua Pengarah kepadanya.”.

Report

Bab IV

Pindaan Kepada Akta Setem 1949

Bab V

Pindaan Kepada Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967

Bab VI

Bab VII

Pindaan Kepada Akta Kewangan 2012

Bab VIII

Pindaan Kepada Akta Kewangan 2018