Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

47. Pindaan seksyen 61

Feedback & support

Seksyen 61 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas perkataan “pemajuan”

perkataan “, akuakultur, penyelidikan, pengembangan”;

(b)

dengan memasukkan selepas perkataan “di perairan perikanan Malaysia” perkataan “bagi jaminan keselamatan dan kualiti ikan dan keluaran ikan,”;

(c)

dengan menggantikan perenggan (k) dengan perenggan yang berikut:

“(k)  untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan peralatan menangkap ikan dan belat ikan termasuk apa-apa larangan cara menangkap ikan atau peralatan menangkap ikan;”;

(d)

dengan menggantikan perenggan (l) dengan perenggan yang berikut:

“(l)  untuk melarang apa-apa perbuatan termasuk menangkap, mencederakan, membunuh atau memiliki apa-apa spesies ikan;”;

(e)

dalam perenggan (s), dengan memasukkan selepas perkataan “perakuan” perkataan “, kelulusan bertulis”;

(f)

dalam perenggan (u), dengan memasukkan selepas perkataan “sukan” perkataan “atau rekreasi”;

(g)

dalam perenggan (x), dengan memasukkan selepas perkataan “pengurusan” perkataan “ikan atau”;

(h)

dalam perenggan (ad), dengan menggantikan perkataan

“dirizabkan untuk vesel penangkapan ikan tempatan dan nelayan Malaysia” dengan perkataan “dirizabkan atau dizonkan untuk vesel penangkapan ikan tempatan, nelayan Malaysia, sukan atau rekreasi”;

Undang-Undang Malaysia 40

(i)

dalam teks bahasa kebangsaan, dalam perenggan (af), dengan menggantikan perkataan “yang merbahaya”

dengan perkataan “terancam”;

(j)

dengan menomborkan semula perenggan (al) sedia ada sebagai perenggan (ap); dan

(k)

dengan memasukkan selepas perenggan (ak) perenggan yang berikut:

“(al) untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang digunakan dan kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan-kesalahan itu bagi maksud seksyen 31;

(am)

untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan sumber perikanan berasaskan komuniti atau melalui pendekatan ekosistem;

(an)

untuk menetapkan kawasan zon bagi pengurusan, pemuliharaan, penyelidikan, pembangunan, penyelenggaraan, kawalan dan perlindungan di perairan perikanan Malaysia;

(ao)

untuk menetapkan apa-apa perkara berhubung dengan perkhidmatan pengembangan perikanan;”.

Report