Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

48. Kecualian dan peralihan

Feedback & support
(1)

Apa-apa lesen yang dikeluarkan kepada vesel penangkapan ikan tempatan yang beroperasi di perairan perikanan Malaysia sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan sebagai telah dikeluarkan di bawah Akta ini dan sah selama tempoh seolah-olah Akta ibu telah dipinda oleh Akta ini.

(2)

Apa-apa lesen yang dikeluarkan kepada vesel penangkapan ikan tempatan yang beroperasi di laut lepas sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan sebagai telah dikeluarkan di bawah

Akta ini sehingga tarikh tamat tempoh lesen itu seolah-olah

Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Perikanan (Pindaan)

(3)

Apa-apa arahan, penentuan, keputusan, kelulusan bertulis, notis, garis panduan dan tindakan yang dibuat, dikeluarkan, diberikan atau dilakukan oleh Ketua Pengarah sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(4)

Apa-apa penyiasatan atau prosiding yang dimulakan atau yang masih belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Report