Tertaklok kapada peruntokan sekshen 6 dan 7 tiada apa?
barang kena-duti boleh, dengan tiada kebenaran bertulis sa-Saorang pegawai kastam yang hak yang berpangkat tidak rendah daripada Penguasa Kanan Kastam dan Eksais, di-pakai atau di-gunakan dalam sa-suatu zon perdagangan bebas.
9, Sa-saorang yang melanggar peruntokan sekshen 6, 7 dan 8 ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabit-kan, boleh, bagi kesalahan kali pertama, di-kenakan denda sa-banyak tidak kurang daripada sa-puloh kali ganda jumlah duti atau chukai. kastam atau eksais atau lima ribu ringgit, mengikut mana jumlah yang lebeh kurang, dan sa-banyak tidak lebeh daripada dua puloh kali ganda jumlah duti atau chukai kastam atau eksais atau lima ribu ringgit mengikut mana jumlah yang lebeh besar, dan bagi kesalahan kali kedua atau kesalahan kali kemudian denda sa-banyak tidak kurang daripada sa-puloh kali ganda duti kastam atau eksais atau lima ribu ringgit, mengikut mana jumlah yang lebeh kurang, dan sa-banyak tidak lebeh ‘daripada empat puloh kali ganda duti kastam atau eksais atau sa-puloh ribu ringgit mengikut mana jumlah yang lebeh:besar, atau penjara sa-lama tempoh tidak lebeh daripada dua tahun atau denda dan penjara itu kedua?-nya:
Dengan sharat bahawa apabila jumlah duti kastam atau eksais tidak dapat di-tentukan penalti itu boleh terjumlah kapada suatu denda tidak lebeh daripada lima ribu ringgit.