Akta Zon Bebas 1990 · Updated to 15 Dec 2025 · Bahagian III · Fungsi Tertentu Pihak Berkuasa
14. Pihak Berkuasa boleh membenarkan pembinaan bangunan persendirian, dsb
Feedback & support(1)
Pihak Berkuasa boleh membenarkan mana-mana orang mendirikan apa-apa bangunan dan binaan lain dalam suatu zon bebas mengikut sebagaimana yang dikehendaki.
(2)
Pihak Berkuasa boleh, selepas berunding dengan Ketua Pengarah, memajakkan kepada atau membenarkan mana-mana orang mengambil, memegang atau menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan harta tak alih dalam suatu zon bebas atas apa-apa terma dan syarat dan bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.