Skip to content

Seksyen 16

of Akta Zon Bebas 1990

ActIn forceProvision 18 of 65

Seksyen 16

(1)

Pihak

Berkuasa boleh mengikut budi bicaranya memerintahkan penyingkiran atau pemindahan dari suatu zon perindustrian bebas apa-apa barang, atau pemberhentian apa-apa aktiviti atau pengendalian, yang pada pendapatnya adalah merbahaya atau mudarat kepada kepentingan, kesihatan atau keselamatan awam.

(2)

Suatu perintah oleh Pihak Berkuasa mengenai pemindahan atau penyingkiran apa-apa barang, yang pada pendapat Pihak Berkuasa adalah merbahaya atau mudarat kepada keselamatan awam, hendaklah, walaupun suatu rayuan dibuat kepada Menteri, dipatuhi dengan serta-merta tetapi suatu perintah mengenai pemberhentian aktiviti atau pengendalian tidak boleh berkuat kuasa jika suatu rayuan telah dibuat kepada Menteri sehingga keputusan rayuan itu memihak kepada Pihak

Berkuasa.

(3)

Keputusan Menteri hendaklah muktamad dan tidak boleh tertakluk pada kajian semula oleh mana-mana mahkamah.