Seksyen 52
Pencegahan anomali
Menteri boleh, setelah berunding dengan Lembaga, bilamana difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian, sama ada bagi maksud menghapuskan kesulitan atau mencegah anomali berbangkit daripada pembuatan Akta ini, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan dalam mana-mana undang-undang sedia ada yang difikirkannya patut.
(2)
Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) selepas tamat tempoh dua tahun dari tarikh yang ditetapkan.
(3)
Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan dalam mana-mana undang-undang sedia ada.
Ahli Geologi 43