Skip to content

Seksyen 19

of Akta Ahli Geologi 2008

ActIn forceProvision 19 of 52

Seksyen 19

(1)

Lembaga hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu

Daftar Ahli Geologi yang hendaklah terdiri daripada bahagian seperti yang berikut:

(a)

Bahagian A — yang hendaklah mengandungi nama, nombor pendaftaran, alamat perniagaan dan butir-butir lain ahli geologi profesional berdaftar;

(b)

Bahagian B — yang hendaklah mengandungi nama, nombor pendaftaran, alamat perniagaan dan butir-butir lain ahli geologi siswazah berdaftar;

Ahli Geologi 21

(c)

Bahagian C — yang hendaklah mengandungi nama, nombor pendaftaran, alamat perniagaan dan butir-butir lain pengamal berdaftar; dan

(d)

Bahagian D — yang hendaklah mengandungi nama, nombor pendaftaran, alamat perniagaan dan butir-butir lain ahli geologi asing berdaftar.

(2)

Hendaklah ditunjukkan bersetentangan dengan nama setiap ahli geologi berdaftar dan pengamal berdaftar yang disimpan dalam Daftar kelayakannya dan butir-butir tentang apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga di bawah Akta ini.