Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English

Bahagian VI

47. Wang Lembaga

Feedback & support
(1)

Semua wang daripada fi dan caj yang kena dibayar kepada

Lembaga di bawah Akta ini hendaklah dibayar kepada Lembaga.

(2)

Wang yang diterima oleh Lembaga di bawah Akta ini hendaklah digunakan seperti yang berikut:

(a)

untuk membayar belanja pendaftaran dan apa-apa belanja lain yang dilakukan dalam pentadbiran Akta ini, termasuklah apa-apa belanja Lembaga yang boleh dibenarkan di bawah apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; dan

(b)

untuk mengadakan biasiswa dan untuk menggalakkan pembelajaran dan pendidikan dalam bidang geologi.

(3)

Wang yang tidak diperlukan dengan segera oleh Lembaga boleh dilaburkan dalam sekuriti pemegang amanah yang boleh ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri atau disimpan sebagai simpanan tetap dalam bank yang boleh ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri.

Undang-Undang Malaysia 40

Report