Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian XV · Zon Perdagangan Bebas

162. Barang yang diimport ke dalam atau dibekalkan dari zon perdagangan bebas

Feedback & support

Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini—

(a)

tiada cukai hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar ke atas apa-apa pengimportan barang ke dalam zon perdagangan bebas kecuali bagi barang yang digunakan di dalam zon perdagangan bebas, selain barang bagi tujuan aktiviti perdagangan atau perdagangan runcit yang diluluskan di bawah Akta Zon Bebas 1990;

(b)

cukai hendaklah genap masa dan kena dibayar ke atas semua barang yang dibekalkan atau dipindahkan dari zon perdagangan bebas ke Malaysia bagi segala maksud seolah-olah pembekalan atau pemindahan itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia;

(c)

pembayaran cukai ke atas apa-apa barang yang dibekalkan atau dipindahkan dari zon perdagangan bebas ke suatu gudang di bawah seksyen 70 atau dari suatu gudang ke zon perdagangan bebas hendaklah digantung.

Undang-Undang Malaysia 150

Report

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules